A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Tajaan/Pinjaman/Bantuan Kewangan

BHEPA akan menyelaras dan menguruskan hal ehwal penajaan pelajar serta membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar dengan pinjaman sedia ada bagi yang berkeperluan. Hebahan tawaran biasiswa atau pinjaman daripada agensi kerajaan dan swasta akan dibuat dari semasa ke semasa kepada semua pelajar. Berikut adalah bantuan dan pinjaman yang disediakan oleh BHEPA:

 

PINJAMAN JANGKA PANJANG

Pinjaman Jangka Panjang dibiayai oleh sama ada pihak individu, swasta dan Universiti. Kesemua penaja di bawah seliaan Universiti ini dikelolai oleh sebuah Jawatankuasa Tabung Pinjaman Pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor [Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni]

Tabung Pinjaman Pelajar ini dikenali sebagai Tabung Pinjaman Jangka Panjang dan permohonan pinjaman dibuka pada setiap penghujung semester dan ditutup selepas semester dibuka. Keutamaan diberikan kepada pelajar baharu dan sedia ada mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Borang Permohonan

Terma & Syarat Pinjaman Jangka Panjang

 

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA juga menyediakan program-program penajaan untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan Kerajaan. BHEPA akan membantu menyelaras aktiviti berkaitan seperti hebahan, program PROMISE, pengesahan status akademik dan lain-lain program berkaitan yang dikendalikan oleh JPA kepada penerima biasiswa/pinjaman. Bagi mendapatkan info terkini dan memuat turun borang berkaitan, pelajar boleh melayari portal eSILA.

 

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

BHEPA juga menyelaras dan menguruskan aktiviti berkaitan PTPTN. Semua permohonan berkaitan akan dipusatkan di BHEPA dan pelajar boleh merujuk kepada BHEPA untuk sebarang pertanyaan. Borang-borang berkaitan pinjaman dan bayaran balik PTPTN boleh didapati di laman sesawang PTPTN..

 

BANTUAN KEWANGAN DARIPADA BADAN KERAJAAN ATAU SWASTA

Terdapat banyak maklumat tentang bantuan-bantuan kewangan boleh didapati secara atas talian. Laman sesawang yang menyediakan maklumat ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. BHEPA akan sentiasa mengemaskini hebahan-hebahan berkaitan dan pada masa yang sama. Namun, pelajar juga boleh melayari sendiri laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat dengan segera. Berikut adalah antara laman sesawang yang berkaitan:

1. Pendidikan4All

2. Scholarships Malaysia

3. After School

4. Yayasan Negeri Seluruh Malaysia

 

 

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609-7671323
Fax : +609-7671331
Emel: tpbhepa@usm.my

Penafian
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
 
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768.