A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM UNGGULI KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING IPT PANTAI TIMUR 2022

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Julai 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi mengungguli arena sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) apabila dinobatkan sebagai JUARA  Kejohanan Futsal dan Bola Jaring, IPT Pantai Timur 2022.

Dalam kejohanan yang berlangsung pada 1 hingga 3 Julai lalu, pasukan futsal USM Kampus Kesihatan (USMKK) menewaskan UC TATI 1-0 pada perlawanan akhir di KB Arena Futsal, Pengkalan Chepa, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi beserta medal.

johanfutsalbolajaring

Manakala pasukan bola jaring yang beradu nasib di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) pula menyaksikan pasukan USM Vulpest menewaskan pasukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) serta turut menerima hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan medal untuk setiap pemain.

Sementara itu, Mohd Harris Rosman dari pasukan futsal USMKK turut dinobatkan sebagai pemain terbaik futsal dan Nur Ellyana Mohd Nawi dari pasukan bola jaring USM Vulpest pula dipilih sebagai pemain terbaik bola jaring.

Sebanyak 12 pasukan dari IPT Pantai Timur menyertai kejohanan kali kedua anjuran Pusat Sukan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kali ini.

Kesemua pasukan mempamerkan aksi sengit dan mendebarkan untuk merebut kejuaraan futsal dan bola jaring IPT Pantai Timur 2022.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan UMK, Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib mewakili Naib Canselor UMK.

Teks / Foto: Mohd Hafezi Mat Zain / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609-7671323
Fax : +609-7671331
Emel: tpbhepa@usm.my

Penafian
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
 
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768.