A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

KONTINJEN MURNI NURANI NAIB JUARA EDISI SULUNG KARNIVAL SUKAN DESASISWA (KSD) 2022 USM

USM Kubang Kerian, 24 Jun 2022 - Masa mereka begitu terhad untuk berlatih serta membuat persediaan lengkap kerana jadual akademik yang ketat sebagai pelajar Perubatan, Pergigian serta Sains Kesihatan. 

Namun, semangat serta kesungguhan membuktikan mereka tidak ketinggalan apabila Kontinjen Murni Nurani berjaya muncul sebagai Naib Juara edisi sulung Karnival Sukan Desasiswa (KSD) Universiti Sains Malaysia (USM) 2022 daripada keseluruhan 10 kontinjen yang bertanding. 
 

murninuranisukad2022

KSD 2022 yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun 2022 merupakan gabungan antara dua (2) kejohanan asal yang sebelum ini dilangsungkan secara berasingan iaitu Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) dan Temasya Olahraga Tahunan (TOT).

Edisi sulung KSD ini dianjurkan secara bersama oleh Majlis Penggawa USM serta Pusat Sukan dan Rekreasi serta diadakan di Kampus Induk.

 

murninuranisukad2022 3
Majlis perasmian edisi sulung ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman.

Bagi acara sukan, Kontinjen Murni Nurani menggondol tiga pingat emas menerusi acara-acara Futsal (wanita), Badminton (wanita) dan Catur 'online' (lelaki). Manakala bagi acara olahraga pula, tiga pingat emas dikutip menerusi acara 4X400 (wanita) serta lompat jauh (lelaki dan wanita).


murninuranisukad2022 2
KSD merupakan antara platform USM menyerlahkan bakat serta kebolehan pelajar bagi menyeimbangkan fokus mereka selain komponen akademik. Tahniah Kontinjen Murni Nurani. Tahniah semua kontinjen serta mereka yang terlibat dalam penganjuran edisi sulung KSD 2022 ini.

Teks: Amyrulhan Azhari / Foto: Hafiz Assad Zakaria

Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609-7671323
Fax : +609-7671331
Emel: tpbhepa@usm.my

Penafian
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
 
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768.