A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

BHEPA AGIH BANTUAN KEPADA PELAJAR TERKESAN BANJIR

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Januari 2023 - Musim Monsun Timur Laut yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia penghujung tahun 2022 menyaksikan beberapa jajahan di negeri Kelantan ditenggelami air.  
 
bantuanbanjirjan23
 
Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) turut terkesan dengan bencana yang menimpa. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada para pelajar yang terkesan dengan bencana tersebut.
 
 
 
 
Kebanyakan pelajar yang menerima sumbangan bantuan adalah Pelajar Tanpa Asrama (PETAS) yang mana kediaman mereka dinaiki air dan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta pelajar-pelajar yang tinggal di desasiswa termasuk pelajar di kampus induk yang berasal dari jajahan terlibat dengan banjir. 
 
 
 
Program agihan bantuan bencana banjir tersebut melibatkan 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah yang hadir bagi menerima bantuan tersebut. 
 
Agihan bantuan bencana banjir ini diadakan di perkarangan pejabat BHEPA, Kampus Kesihatan pada Khamis lalu dan disampaikan oleh Timbalan Pendaftar BHEPA, Hafiz Assad Zakaria. Turut hadir bersama adalah Cik Suha Eza Ibrahim, Penolong Pendaftar BHEPA dan Yang DiPertua MPP Saudara Wan Hafiz Irshad Wan Mohd Zuhdi. Diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan beban pelajar dan membuktikan kebersamaan universiti dalam menjaga kebajikan pelajar.
Hubungi Kami

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan

Tel : +609-7671323
Fax : +609-7671331
Emel: tpbhepa@usm.my

Penafian
Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman web ini.
 
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024*768.