• USMGradByDesign

DISFUNGSI EREKSI BOLEH DIRAWAT, KATA PAKAR

KUBANG KERIAN, 5 Januari 2017 - Disfungsi ereksi yang lebih dikenali sebagai mati pucuk merupakan ketidakmampuan seseorang lelaki untuk mencapai ereksi ataupun nafsu syahwat yang boleh menyebabkan ketegangan zakar untuk jangka masa tertentu dan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tidak mencapai ereksi langsung, mencapai ereksi dalam tempoh yang pendek dan ereksi yang tiada ejakulasi.

aq

Menurut Ketua Unit Urologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dato' Dr. Azhar Amir Hamzah, seorang daripada lima orang lelaki yang berumur 30 hingga 50 tahun mengalami masalah gejala disfungsi ereksi berbanding tiga daripada lima orang bagi lelaki yang berumur 60 tahun ke atas.

"Kadar peratusan pesakit ini di Malaysia adalah sebanyak 20 hingga 40 peratus, dan kajian pada tahun 1997 menunjukkan seramai 1.7 juta orang mengalami masalah ini dan kadar ini telah meningkat kepada 2.8 juta orang dalam masa hanya enam tahun seterusnya. Walaupun tiada kajian terkini, dianggarkan bagi tahun 2016, jumlahnya terus meningkat hingga ke 4 juta orang," katanya ketika ditemui dalam program kesihatan bersama radio tempatan di sini pagi tadi.

Punca gejala disfungsi ereksi berkait rapat dengan faktor umur, cara hidup, tabiat merokok dan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Tambah Azhar, kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kes ini berpunca daripada faktor psikologikal yang juga menjadi faktor utama menyumbang kepada disfungsi ereksi.

aq2

"Ereksi bergantung kepada banyak faktor deria seperti deria rasa, sentuhan, bau dan penglihatan. Ereksi yang baik bergantung kepada rangsangan, stimulasi, tindakbalas pasangan dan keadaan persekitaran yang tenang," jelas beliau.

Terdapat tiga jenis rawatan bagi penyakit ini iaitu rawatan secara konservatif, melalui ubat-ubatan dan intervensi.

"Konservatif merupakan rawatan tanpa ubatan iaitu melalui sesi kaunseling, ketengahkan teknik yang betul dan anjurkan supaya pesakit mengamalkan cara hidup yang baik seperti bersenam, kurangkan merokok, mengawal paras gula dan tekanan darah kerana pengambilan ubatan bukan semudah yang dijangka, perlu menilai kesan sampingan serta mendapatkan khidmat nasihat kaunseling daripada pakar.

Jelas Azhar lagi, kaedah rawatan intervensi seperti penggunaan 'Itos Penile Pump' pula boleh digunakan sekiranya pesakit mendapat kesan sampingan akibat ubat-ubatan. Alat ini memberi tekanan negatif yang akan menyebabkan ketegangan semulajadi kepada zakar tanpa sebarang ubatan dalam jangkamasa yang singkat dan keberkesanannya diakui sehingga 95 hingga 98 peratus untuk pesakit yang sesuai.

"Selain itu kaedah terbaharu iaitu Extra-Corporeal Penile Short Wave (EPSW) adalah sejenis kaedah di mana 'shock wave' dalam tenaga yang rendah diletakkan pada permukaan zakar dan secara tidak langsung akan memulihkan pengaliran darah ke zakar dan meningkatkan kekuatan ereksi," katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak malu untuk tampil mendapatkan rawatan kerana terdapat pelbagai kaedah rawatan terkini yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah disfungsi ereksi.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

Terkini

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

780925
Hari IniHari Ini392
Minggu IniMinggu Ini2827
Bulan IniBulan Ini9109

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 14 November 2019.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.