ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

RABUN PENGLIHATAN


KOTA BHARU, KELANTAN, 28 Mac  2019 –  Mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan harus dijaga sebaik-baiknya. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 1.3 bilion penduduk dunia berdepan dengan pelbagai masalah gangguan penglihatan.

Ahmad Sharmizi Majid

Menurut Pegawai Optometri, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Sharmizi Majid, penyebab utama kepada masalah gangguan penglihatan adalah  rabun yang tidak dikesan atau diperbetulkan dan katarak.

“Setiap individu sepatutnya menjalani ujian penglihatan bagi mengetahui status penglihatan mata mereka. Ujian ini penting kerana ianya dapat mengesan masalah seperti rabun jauh, rabun dekat, juling dan penglihatan terhad pada peringkat awal,” katanya semasa temubual dalam Rancangan Sembang Sihat di Kelantan FM, baru-baru ini.

Ujian tahap penglihatan juga merupakan sebahagian daripada pemeriksaan fizikal secara am untuk mengetahui sebarang perubahan dari segi penglihatan.

Tambah Sharmizi, pemeriksaan penglihatan merupakan satu kaedah asas untuk mengesan masalah penglihatan pada kanak-kanak. Ia patut menjadi rutin kepada semua kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan tanpa menunggu aduan dari kanak-kanak berkaitan penglihatan mereka.

“Masalah terjadinya rabun bukan hanya bergantung kepada faktor genetik malah boleh dikaitkan dengan faktor persekitaran dan cara hidup seharian contohnya penggunaan komputer, gajet dan kerja sekolah yang terlampau banyak.

“Kebiasaannya, ujian penglihatan secara terperinci hanya dijalankan di hospital kerajaan kerana di situ terdapat peralatan yang canggih di samping premis-premis swasta yang turut menawarkan khidmat berkenaan,”ujarnya lagi.

Pilihan rawatan paling utama adalah preskripsi kacamata, ia merupakan kaedah rawatan pembetulan optikal sistem penglihatan individu yang dilakukan oleh optometris untuk menghasilkan setiap kacamata bagi masalah rabun yang dihadapi oleh setip orang. Setiap  kacamata yang dihasilkan  adalah amat unik dan hanya sesuai untuk pemakainya sahaja.

“Selain itu terdapat juga kaedah lain seperti preskripsi kanta lekap sehinggalah ke peringkat  invasif seperti rawatan laser (LASIK) yang bergantung kepada tahap dan kesesuaian,”katanya.

Tambah Sharmizi, dalam era kecanggihan ilmu dan teknologi masa kini terdapat pelbagai kaedah rawatan yang sering ditularkan antaranya seperti ubat-ubatan, terapi, pemeriksaan bingkai kacamata tertentu, pemakanan dan vitamin. Namun, kesemua kaedah tersebut didapati tiada kajian klinikal yang sah dilakukan ianya hanya testimoni sahaja tanpa bukti kajian yang sah dan akan memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan mata.

Teks/Foto: Anawiah Abdul Aziz

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1517406
Hari IniHari Ini106
Minggu IniMinggu Ini516
Bulan IniBulan Ini1958

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.