ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KEHILANGAN GIGI DAN KAEDAH RAWATAN


KOTA BHARU, KELANTAN, 21 November 2019 - Gigi merupakan satu komponen badan manusia yang penting bagi membolehkan kita menjalani kehidupan yang sempurna. Selain berfungsi untuk mengunyah makanan, gigi turut berperanan memberikan fungsi estetik dalam menjadikan penampilan seseorang sempurna.

Gigi juga memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi percakapan lebih sempurna kerana kehilangan gigi akan menyebabkan seseorang itu gagal menyebut sesetengah perkataan dengan jelas seterusnya mengganggu proses komunikasi.

Drnoraidaniza

Menurut Pakar Pergigian Prosthodontik, Unit Prosthodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nor Aidaniza Abdul Muttlib, gigi boleh hilang disebabkan beberapa faktor seperti kongenital dan faktor buatan.

"Faktor genital disebabkan oleh masalah genetik iaitu sindrom sumbing di mana pesakit akan mengalami masalah ketiadaan gigi atau wujudnya gigi yang tidak normal.

"Bagi faktor buatan pula, ia terjadi disebabkan oleh kemalangan, penjagaan gigi yang tidak betul hingga menyebabkan berlubang dan perlu dicabut atau masalah gusi itu sendiri," katanya ketika ditemubual dalam program 'Sembang Sihat' di Kelantan FM.

Nor Aidaniza berkata, kehilangan gigi akan memberi kesan kepada individu itu sendiri seperti wujud perasan malu dan tekanan untuk berhadapan dengan orang ramai.

"Apabila seseorang itu kehilangan gigi, ia akan menyebabkan kesukaran mengunyah makanan dengan sempurna serta menyebabkan berlakunya pergerakan gigi yang bersebelahan akibat daripada jujuran gigi tidak sekata yang membolehkan makanan mula melekat pada celah-celah gigi dan akan menyebabkan lebih banyak lagi masalah," jelasnya lagi.

Tambah Nor Aidaniza, rawatan kehilangan gigi bergantung kepada keseriusan atau jumlah gigi yang hilang dan sekiranya banyak gigi yang hilang, rawatan gigi palsu boleh digunapakai sama ada gigi palsu penuh atau separa.

"Harganya agak murah, mudah dicuci dan mudah dibaiki jika rosak atau berlaku penambahan gigi yang hilang.

"Selain itu, kaedah rawatan jambatan atau 'bridge' yang mana dinamakan sempena dua tiang untuk menyokong gigi di tengah yang hilang dan kesesuaian pemilihan rawatan ini bergantung kepada keadaan mulut pesakit dan kepakaran doktor," katanya.

Nor Aidaniza berkata, gigi tersebut akan melekat secara hakiki dan keadaan mulut agak selesa serta nampak lebih semulajadi.

"Begitu juga dengan beban kunyahan akan lebih sekata dan jumlah temujanji adalah sedikit berbanding gigi palsu.

"Seterusnya rawatan yang paling mahal adalah rawatan implan dan di Hospital USM ada menyediakan rawatan ini di mana tiang implan gigi akan ditanam di dalam tulang agar tidak menggangu gigi yang lain. Secara estetik rawatan ini akan menyebabkan gigi akan kelihatan lebih cantik berbanding dengan rawatan lain, lebih selesa dan tahan lebih lama," ujarnya.

Nor Aidaniza menasihati masyarakat agar memastikan gigi dijaga dengan betul, memberus gigi dan menggunakan cecair kumur sekurangnya sekali sebelum dan selepas bangun dari tidur.

"Sekiranya ada yang telah menggunakan protesis atau alat ganti gigi maka mereka perlu mengikut semua arahan doktor bagi membersihkan dan menjaga peralatan tersebut," tambahnya lagi.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1515999
Hari IniHari Ini170
Minggu IniMinggu Ini1749
Bulan IniBulan Ini551

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.