ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

TALASEMIA : PENYAKIT WARISAN KELUARGA


KOTA BHARU, KELANTAN, 23 MAC 2017 – Penyakit Talasemia merupakan salah satu penyakit yang tidak asing di Malaysia, namun kebanyakan kita masih tidak tahu dan faham mengenai penyakit ini.

Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Hematologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP),  Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Rosnah Bahar, Talasemia adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah genetik yang mana penyakit mempunyai masalah untuk membentuk sel darah merah yang normal disebabkan masalah penghasilan hemoglobin.

“Hemoglobin adalah sejenis protein yang sangat penting di dalam darah kita untuk membawa oksigen ke tisu-tisu dan penghasilan hemoglobin yang tidak normal ini menjadikan sel darah merah ini tidak stabil, mudah pecah dan tidak dapat berfungsi dengan baik”, katanya ketika menjadi tetamu di sebuah rancangan radio tempatan, di sini.

Rosnah berkata, penyakit ini merupakan penyakit yang diwarisi oleh keluarga dari turun temurun iaitu sekiranya ibu atau bapa kita mempunyainya, kita juga mempunyai kemungkinan untuk menghadapinya yang terdiri dari dua golongan iaitu penghidap penyakit talasemia dan pembawa ‘gen’ talasemia.

“Bagi golongan penghidap talasemia, antara tanda-tanda pesakit dalam golongan ini ialah mengalami masalah tumbesaran yang sangat ketara, mudah letih, kebengkakan limpa, pembentukan tulang tidak sempurna seperti tulang rahang yang terbonjol keluar manakala bagi pembawa ‘gen’ talasemia pula, tiada sebarang tanda-tanda ketara bagi golongan ini”, katanya lagi.

Tambah Rosnah, mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2012, dianggarkan satu dalam 20 rakyat Malaysia adalah pembawa ‘gen’ talasemia ini dan 120 hingga 350 bayi talasemia major dilahirkan setiap tahun.

“Pelbagai kempen kesihatan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai penyakit ini.

“Golongan remaja digalakkan menjalani ujian talasemia kerana ia perlu dijalankan sekali seumur hidup manakala bagi ahli keluarga pesakit talasemia yang terdiri dari ibubapa, adik beradik dan juga saudara mara terdekat, anda digalakkan untuk mendapatkan ujian saringan di hospital atau klinik kesihatan secara percuma”, ujarnya.

Teks / Foto : Shazleen Hashim

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1517441
Hari IniHari Ini141
Minggu IniMinggu Ini551
Bulan IniBulan Ini1993

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.