• covid 19 web banner

GABUNGAN MUZIK DAN SENAMAN TINGKATKAN PERGERAKAN LEBIH EFEKTIF

KOTA BHARU, KELANTAN, 26 Julai 2020 – Apa jua bentuk senaman yang dilakukan, ia memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. Terdapat pelbagai kaedah untuk menjadikan senaman sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

Sama ada berlari, mengangkat bebanan di gimnasium, aerobik atau senaman berasaskan seni mempertahankan diri, semuanya dapat membantu menggerakkan otot tubuh dan meningkatkan kecergasan diri malahan mempelbagaikan aktiviti senaman sambil mendengar muzik adalah satu perkara yang tidak asing dalam kehidupan manusia tanpa mengira jantina, kaum, latar belakang dan umur.

dff

Pensyarah Kanan, Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Nurul Azuar Hamzah berkata, muzik bukan sahaja menghilang rasa bosan tetapi dapat membantu seseorang itu melakukan senaman dengan lebih efektif dari segi tindak balas fisiologi, psikologi dan prestasi individu.

“Muzik ini jika diamati, ia bukan muzik semata-mata tetapi mempunyai tindak balasnya yang tersendiri seperti juga bunyi yang lain dan dalam senaman rentak sesuatu muzik akan mempengaruhi pergerakan kita.

“Mengikut teori ‘Parallel of Processing’ mengatakan bahawa dengan mendengar muzik, otak kita akan memproses maklumat secara serentak atau merangsang otot supaya melakukan senaman dengan lebih lama dan berkesan,” katanya ketika ditemubual di Radio Kelantan FM.

dfff

Tambah Azuar, seperti semua sedia maklum, kebiasaan bagi satu sesi senaman adalah minimum 30 minit tetapi dengan bantuan muzik badan kita menjadi lambat penat kerana mengikut kajian yang telah dilakukan, muzik mempengaruhi individu itu semasa senaman intensiti rendah dan sederhana sahaja kerana tahap intensiti tinggi hanya menfokus kepada dalaman seperti kepenatan, tindak balas jantung dan tempoh senaman.

“Pemilihan muzik juga memainkan peranan penting dalam senaman kerana jika rentak perlahan, pergerakan pun akan menjadi perlahan dan longlai disebabkan rentak yang tidak bersesuaian itu. Jadi, pemilihan muzik disarankan rentak 120 hingga 140 bit.

“Senaman mempunyai tiga fasa iaitu ‘warm-up’, ‘exercise’, dan ‘cooling down’, bermakna setiap fasa mempunyai pemilihan muzik dan rentak yang sesuai,” jelasnya.

Nasihat beliau, setiap amalan bersenam perlu dilakukan dengan betul serta mengikut kesesuaian setiap individu dan yang paling penting nikmati senaman dengan rela hati dan bukan paksaan dari orang lain untuk mendapat manfaat senaman yang sebaiknya.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

doctor di radio

infomedic usmkk

admission.jpg

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1024804
Hari IniHari Ini84
Minggu IniMinggu Ini3019
Bulan IniBulan Ini5663

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 29 Julai 2020.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.