ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KAWAL GULA DALAM DARAH UNTUK ELAK PENYAKIT DIABETES


KUBANG KERIAN, 4 Februari 2021- Diabetes Mellitus atau lebih dikenali kencing manis adalah satu keadaan di mana paras gula di dalam darah tinggi disebabkan berlakunya kekurangan hormon insulin di dalam badan.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh National Health Morbidity & Servey (NHMAS) 2019, tahap kesihatan rakyat Malaysia amat membimbangkan yang mana seramai 3.9 juta penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes dan negeri Kelantan berada di tangga ketiga dengan jumlah pesakit diabetes yang berdaftar seramai 185,828 orang.

07ddbc36 1a47 45dd bcfb 6b7d93fab385

Menurut Jururawat Pengajar, Pusat Diabetes, Klinik Pakar Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Zaswani Ab Rahman, diabetes berlaku apabila gula yang berlebihan di dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga kerana kurangnya fungsi insulin.

“Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat dan hal ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga serta organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

“Bagi mengesahkan seseorang itu menghidap diabetes, satu ujian akan dilakukan iaitu ujian hemoglobin A1c (HbA1c) yang akan memberi ukuran tepat kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya,” ujarnya ketika ditemubual menerusi panggilan telefon bagi rancangan ‘Sembang Sihat’ menerusi Radio Kelantan FM, di sini.

Tambah Zaswani, bagi pesakit yang telah didiagnos menghidap penyakit Diabetes Mellitus (kencing manis), ujian HbA1c ini akan dilakukan dua hingga tiga bulan sekali untuk menilai tahap keberkesanan rawatan terhadap pesakit tersebut.

“Kepentingan ujian ini adalah untuk mendiagnosis pesakit dengan Diabetes Mellitus dan menentukan keberkesanan pengawalan (monitoring) rawatan pesakit Diabetes Mellitus serta mengenalpasti pesakit yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes.

“Diabetes bukan sahaja dihidapi oleh mereka yang berumur 60 tahun ke atas, ia juga dihidapi oleh kanak-kanak seawal usia enam hingga tujuh tahun serta wanita mengandung,” jelasnya lagi.

Zaswani berkata, terdapat dua jenis diabetes iaitu 'Jenis 1' dan 'Jenis 2' dengan gejala yang berbeza tetapi ianya serius dan memerlukan rawatan segera serta jagaan yang rapi oleh pesakit untuk mengubatinya.

“Bagi diabetes jenis satu, pankreas tidak menghasilkan atau tidak merembeskan insulin. Oleh yang demikian, glukosa darah tidak dapat diproses untuk disimpan dan digunakan oleh sel-sel tertentu di dalam tubuh.

“Manakala diabetes jenis dua pula terjadi akibat pankreas tidak membuat insulin yang cukup atau sel-sel tidak dapat menggunakan insulin dengan betul,” katanya.

Jelas Zaswani lagi, penghidap diabetes ‘Jenis 1' biasanya memerlukan suntikan insulin manakala bagi penghidap diabetes 'Jenis 2', mereka mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Menurut beliau, terdapat beberapa faktor risiko seseorang itu boleh menghidap diabetes iaitu mempunyai sejarah keluarga atau faktor genetik yang menghidap diabetes, secara tidak langsung mereka lebih cenderung untuk menghidap diabetes.

“Selain itu, faktor pemakanan yang tidak sihat seperti amalan minum air manis dan makan secara berlebihan makanan yang tinggi kalori juga menjadi faktor risiko diabetes.

“Pesakit juga perlu sentiasa diberikan nasihat agar mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan berkualiti, mengikuti cara pemakanan yang sihat, senaman dan pengambilan ubatan yang teratur untuk mengurangkan risiko diabetes ke atas mereka,” ujarnya lagi.

 

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1515946
Hari IniHari Ini117
Minggu IniMinggu Ini1696
Bulan IniBulan Ini498

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.