ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

PENTINGNYA PENDIDIKAN DAN ILMU KESIHATAN REPRODUKTIF KEPADA REMAJA


KOTA BHARU, KELANTAN, 6 NOVEMBER 2017- Kesihatan reproduktif atau dengan kata lainnya pendidikan seks didefinisikan sebagai kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif (sistem peranakan) tetapi merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Kepentingan pendidikan dan ilmu kesihatan reproduktif remaja menjadikannya satu keperluan, ini kerana ianya semakin mendesak dengan peningkatan pelbagai gejala sosial yang berpunca daripada amalan seks yang tidak sihat dalam kalangan anak muda. 

dr Nor Hasmah

Menurut pensyarah Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nor Hasmah Mohd Zain, dunia berhadapan dengan masalah seks global yang tidak dapat dielakkan seperti seks bebas, kehamilan , keguguran, kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, jangkitan penyakit kelamin, HIV, Aids dan keganasan seksual.

"Antara faktor penyebab gejala seks berlaku ialah ketandusan pengetahuan seks dalam kalangan ibu bapa dan warga pendidik. Perasaan ingin tahu yang tinggi  anak-anak remaja, pendidikan seks yang mengelirukan, rangsangan seks seharian di rumah, persekitaran tempat tinggal, pengaruh media, rakan sebaya, perhiasan wanita yang keterlaluan serta melarang anak bertanya tentang seks dan perkara-perkara berkaitan," katanya dalam temubual bersama stesyen radio tempatan, di sini.

Tambah Nor Hasmah, pendidikan seks merupakan pendidikan sepanjang hayat yang perlu dibincangkan daripada aspek biologi, sosio budaya, psikologi dan emosi serta perlu juga dilihat dari sudut aqliah dan insaniah, termasuk kemahiran komunikasi dengan berkesan dan membuat keputusan.

"Pendidikan seks amat penting bagi membantu anak-anak menghadapi pelbagai aspek perubahan diri apabila memasuki alam remaja, juga sebagai perisai apabila berhadapan dengan godaan luar atau godaan seks.

"Naluri semulajadi remaja yang ingin tahu tentang seks juga merupakan penyebab kepada dorongan gejala yang tidak sihat. Kekurangan bahan-bahan berkaitan seks di pasaran tidak mencapai sasaran pendidikan seks remaja dan mengakibatkan remaja menderita akibat kekangan dorongan seks," jelasnya lagi.

Nor Hasmah turut menekankan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberi pendidikan seks kepada golongan remaja kerana isu ini bukan perkara remeh. Ibu bapa adalah individu paling sesuai memandangkan keluarga adalah perantara terawal bagi manusia mengenal lingkungan persekitaran sebelum mereka terdedah kepada dunia yang lebih luas.

Teks / Foto : Roslida Mohamed

 

 

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1483433
Hari IniHari Ini83
Minggu IniMinggu Ini431
Bulan IniBulan Ini954

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 09 Februari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.