ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

HERBA MERAWAT ATAU MUDARAT PADA KESIHATAN PESAKIT DISFUNGSI EREKTIL (ED)


KOTA BHARU, 16 November 2017 – Mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED) merupakan penyakit yang dialami oleh kaum lelaki. Dianggarkan lebih kurang 152 juta orang lelaki seluruh dunia mengalami masalah lemah tenaga batin atau Disfungsi Erektil (ED) manakala jumlah pesakit ED di Malaysia pula adalah seramai 2.2 juta orang atau anggaran satu daripada lima rakyat negara ini.

Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2016, 25 peratus daripada jumlah pesakit di Malaysia berusia antara 40 hingga 70 tahun dan kebanyakan daripada mereka malu untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sepatutnya. 

Sebaliknya mereka lebih cenderung mengambil alternatif lain seperti menggunakan produk-produk berasaskan herba seperti Tongkat Ali, Paku Tunjuk Langit, Ubi Jaga, Kucing Galak, Mas Cotek dan lain-lain.

dr dasuki s

Menurut Pensyarah Kanan, Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Dasuki Sul'ain, herba Tongkat Ali amat sinonim bagi perawatan masalah Disfungsi Erektil (ED).

"Pengambilan yang betul Tongkat Ali adalah secara oral kerana cara lain boleh meningkatkan ketoksikan sehingga 100 kali ganda dan dos yang selamat adalah di antara 270 hingga 350 mg/kg sehari manakala pengambilan melebihi dos 430 mg/kg sehari akan memberi kesan ketoksikan seperti peningkatan berat pada hati, ginjal, limpa dan testis,' ujarnya.

Tambah Dasuki, pesakit ED cuba mendapatkan rawatan alternatif secara mudah dengan mencari produk atau pokok herba yang diwar-warkan oleh masyarakat sebagai sesuai dan dapat merawat masalah mereka.

"Sebenarnya mereka perlu tahu akan risiko yang mereka mungkin hadapi seperti berkemungkinan produk herba yang diambil itu beracun dan berbahaya kepada badan," katanya dalam temu bual Rancangan Doktor Di Radio bersama stesen radio tempatan pagi tadi.

Dasuki berkata, terdapat juga ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat pesakit boleh menyebabkan masalah ED jika diambil berterusan, oleh itu adalah lebih baik pesakit berbincang dahulu dengan doktor berkenaan tentang kesan sampingan sebelum memulakan pengambilannya.

Selain itu, bagi pesakit jantung yang sering menggunakan ubat mengandungi nitrat adalah amat merbahaya jika ia diambil bersama dengan ubat mati pucuk moden seperti Sildenafil Citrate (Viagra), Cialis dan Levitra. Ini kerana ia mampu berinteraksi dengan nitrat sehingga dapat menurunkan tekanan darah kepada paras yang merbahaya dan boleh membawa maut.

Dasuki yang berpengalaman hampir sepuluh tahun dalam bidang Bioperubatan menasihati masyarakat yang ingin mengambil herba untuk tujuan stamina agar lebih berhati-hati terutama dalam pengambilan mengikut dos yang sesuai dan lebih elok jika herba tersebut telah terbukti secara saintifik melalui ujian klinikal dan bukannya hanya mendengar cakap-cakap orang ataupun testimoni untuk melariskan produk.


Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

 

 

 

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1518911
Hari IniHari Ini241
Minggu IniMinggu Ini2021
Bulan IniBulan Ini3463

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 09 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.