ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KETAGIHAN NIKOTIN MUDARATKAN KESIHATAN REMAJA


a786dd5e b85f 449f 86f4 7c7adcbcab04

USM KUBANG KERIAN, 24 Mei 2018 –Nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan dalam kalangan perokok terutamanya  remaja di Malaysia.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan perokok dari kalangan remaja yang boleh menyumbang kepada masalah disiplin, terutamanya pelajar sekolah seperti ponteng, vandalisme, gangsterisme dan pelbagai perkara negatif yang menjejaskan prestasi akademik serta ko-kurikulum sekolah serta hubungan sosial remaja.

Menurut Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Suhaila Idris, data kajian National Health Morbidity Survey tahun 2015 menunjukkan peratusan ‘current smoker’ yang berumur 15 tahun ke atas adalah 22.8 peratus dan lebih membimbangkan peratusan perokok dalam kalangan wanita menunjukkan peningkatan dibandingkan dengan kajian yang sama pada tahun 2011 iaitu 1.0 peratus kepada 1.4 peratus.

“Ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin adalah sama seperti ketagihan dadah yang lain walaupun jenis dadah yang agak berbeza namun, kesan ketagihan ini mendorong seseorang terus merokok dan sukar untuk meninggalkan tabiat tersebut.

“Ketagihan nikotin ini mendatangkan pelbagai kesan kesihatan terhadap remaja terbabit dan turut terkesan dengan masalah sosial serta ekonomi,” ujarnya ketika ditemubual dalam slot Doktor Di Radio di sini.

Nur Suhaila berkata, terdapat 7000 bahan kimia dalam asap rokok dan 250 daripadanya terbukti bahan kimia merbahaya serta kajian telah membuktikan bahawa 70 jenis bahan kimia yang disahkan terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan sel normal menjadi sel kanser.

“Merokok dalam jangka masa yang panjang boleh mengundang implikasi sakit jantung, strok atau angin ahmar, kanser paru-paru, paru-paru kronik dan sebagainya.

“Selain itu, kajian oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan 90 peratus kes penagihan dadah berpunca daripada merokok. Ini kerana bekalan rokok mudah didapati dan terdapat dalam pek-pek kecil yang mudah dibeli dan disimpan,” ujarnya lagi.

Tambah Nur Suhaila, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan USM telah menjalankan pelbagai usaha seperti pameran kesihatan dan khidmat nasihat tentang bahaya merokok, menubuhkan Kelab Berhenti Merokok, sukarelawan untuk membantu perokok berhenti merokok seperti Sahabat IKBAL serta banyak lagi.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dan bekerjasama menangani masalah ini terutama ibubapa, guru-guru untuk mengurangkan perokok di Malaysia,” jelasnya lagi.

Teks / Foto: Abdul Aziz Latif.

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1517406
Hari IniHari Ini106
Minggu IniMinggu Ini516
Bulan IniBulan Ini1958

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.