ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

PENJAGAAN KESIHATAN PENTING ELAK BATU KARANG HEMPEDU


KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Ogos 2018 – Dalam anatomi manusia, pundi hempedu merupakan kantung yang terletak betul-betul di bawah hati yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu fundus, badan dan leher manakala pada leher pundi hempedu terdapat lipatan yang dikenali sebagai ‘Kantung Hartmann’ (Hartmann Pouch), di mana batu hempedu biasanya tersangkut.

Pensyarah dan Pakar Bedah Am, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ikhwan Sani Mohamad berkata, hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain, kemudian cecair ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk mencerna makanan apabila diperlukan khususnya lemak dalam usus kecil.

Batu

“Jika cecair hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan menjadi partikel keras seterusnya menjadi batu karang yang terbentuk di dalam pundi hempedu serta ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz.

“Antara faktor yang menyebabkan terjadinya batu karang hempedu ini ialah obesiti, makanan yang mempunyai kolestrol tinggi, individu yang berumur di antara 40 hingga 50 tahun, penghidap diabetes, ubat kolestrol dan penyakit yang diwarisi secara turun-temurun,” katanya ketika ditemubual dalam slot Doktor Di Radio Kelantan FM.

Tambah Ikhwan, terdapat tiga jenis batu karang hempedu iaitu batu hempedu berkolestrol yang mengandungi kolestrol yang tidak terlarut, batu hempedu berpigmen yang terdapat terlalu banyak bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah) dan kebiasaannya terdapat pada pesakit Anemia, Thalesemia serta G6PD dan batu campuran iaitu yang mempunyai komposisi kolestrol dan bilirubin yang seimbang. 

“Antara gejala yang biasa terjadi kepada pesakit ialah sakit perut di kawasan tengah atau atas kanan abdomen atau di bawah tulang rusuk kanan dan biasanya sakit selepas makan di mana pundi hempedu tidak berfungsi dengan betul.

“Bagi mengenalpasti pesakit yang disyaki ini, ujian darah akan dilakukan melalui fungsi hati (Liver Function Test), selain itu ujian kecairan darah (Coagulation Profile) juga akan dilakukan bagi pesakit yang mempunyai masalah pengaliran Bilirubin, Vitamin K yang tidak dapat diserap dalam badan yang menyebabkan fungsi pembekuan darah merosot,” jelasnya lagi.

Ikhwan berkata, antara ujian yang dilakukan ialah ujian ultrabunyi (Ultrasound), CT scan dan ujian imbasan atau pengimejan turut dilakukan yang melibatkan anatomi kawasan hati, hempedu, pankreas dan salur hempedu.

“Terdapat tiga jenis pembedahan yang biasa dilakukan di Hospital USM antaranya rawatan bukan melalui pembedahan iaitu pesakit disaran mengambil ubat pelarut (Ursodeoxycholic Acid), pembedahan pembuangan pundi hempedu secara Laparoskopik (Laparoscopic Cholecystectomy) di mana individu berkenaan kurang berasa sakit selepas pembedahan serta kurang parut dan pembedahan pembuangan pundi hempedu secara terbuka (Open Cholecystectomy) iaitu hati akan terus menghasilkan hempedu secukupnya selepas pembuangan pundi hempedu yang bermasalah,” ujarnya.

 Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1519548
Hari IniHari Ini350
Minggu IniMinggu Ini2658
Bulan IniBulan Ini4100

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.