BERITA UTAMA

USM PENERIMA PERTAMA KURSI UNESCO GENETIK MANUSIA TALASEMIA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Februari 2023 - Talasemia adalah penyakit genetik yang paling kerap ditemui terutama di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low and middle income countries - LMIC). Tanpa rawatan yang sewajarnya, pesakit talasemia menghadapi banyak komplikasi yang boleh menyebabkan kematian. Pesakit yang mengalami talasemia teruk akan terdedah kepada tekanan fizikal, psikologi dan sosial yang ketara kerana talasemia...

PUSAT TRANSFORMASI OKU USM-MAIK PLATFORM PEMERKASAAN GOLONGAN ISTIMEWA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Februari 2023 – Permasalahan orang kelainan upaya (OKU) merupakan satu isu yang kompleks kerana ia adalah masalah kehidupan. Setiap kategori OKU mempunyai permasalahan yang berbeza dan keperluan mereka juga berubah mengikut tahap umur. Contohnya, keperluan OKU strok adalah berbeza dengan OKU lumpuh. Begitu juga, keperluan OKU kanak-kanak adalah berbeza dengan keperluan OKU dewasa. ...

USM – AL KAUTHAR EDUQIDS METERAI MoU TINGKATKAN SINERGI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Februari 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Al Kauthar Eduqids (AKE) Sdn. Bhd. untuk meningkatkan sinergi dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak terutama kanak-kanak istimewa. Majlis penandatanganan MoU tersebut disempurnakan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang mewakili Naib Canselor USM, Dekan Pusat Pengajian...

BUKU COVID-19: SUMBER RUJUKAN PADA MASYARAKAT
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Januari 2023 – Pandemik COVID-19 telah lebih tiga tahun melanda dunia hingga mengubah norma kehidupan dalam semua aspek. Pelbagai informasi dan kajian mengenai koronavirus dan penyakit COVID-19 telah dijalankan namun masih banyak lagi bidang ilmu yang perlu diterokai dan dikenal pasti. Justeru itu, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Perubatan...
Koleksi Berita Utama | Arkib Berita