HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) MENGHULURKAN BANTUAN DENGAN SEIKHLAS HATI

KEMAMAN, TERENGGANU 20 Disember 2013 – Satu pasukan sukarelawan bantuan banjir telah dihantar oleh pihak Kampus Kesihatan USM untuk membantu mangsa mangsa banjir di Kemaman yang teruk dilanda musibah tersebut baru baru ini. Pasukan ini telah diketuai oleh Encik Zulkifli Jusoh, Penolong Pendaftar USM dengan seramai 25 orang sukarelawan. Jumlah kutipan bantuan banjir hasil derma ikhlas daripada warga USM yang menjangkau sebanyak RM 14,000 telah digunakan sepenuhnya untuk misi kali ini.

Pasukan sukarelawan ini telah berkampung di Kemaman selama lebih kurang 2 hari 2 malam dan kehadiran mereka disambut dengan penuh kesyukuran oleh penduduk setempat. Para sukarelawan juga  telah dibawa meninjau sekitar kawasan yang teruk dilanda musibah tersebut dan telah diberi sedikit penerangan ringkas oleh pegawai bertugas tentang apa yang telah terjadi. 

Salah seorang peduduk yang ditemui berkata beliau amat bersyukur kepada Yang Maha Kuasa kerana masih ada pihak yang sudi datang membantu. Tambah beliau lagi, tiada kata yang mampu diucapkan selain mendoakan agar para sukarelawan mendapat pahala berlipat ganda kerana jasa murni mereka.

“Saya tidak tahu nak kata apa, terharu dengan kehadiran tuan/puan dan sudi membantu kami, moga moga  tuan/puan mendapat rahmat dari Allah,” isyaallah. 

Dalam misi kali ini, para sukarelawan telah ditugaskan untuk membersihkan beberapa buah bengkel di sekolah selain turut bantu membaiki beberapa buah peralatan elektronik yang rosak teruk akibat ditenggelami banjir. Mereka juga turut menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa banjir seperti penyerahan  barangan keperluan dapur dan makanan serta sumbangan dalam bentuk  wang tunai.Antara kampung yang telah terlibat menerima bantuan ini adalah Kampung Air Putih dan Kampung Teladas. 

Turut sama hadir menghulurkan bantuan dalam misi kali ini ialah Dato’ Zuraidah Atan, Ahli Lembaga Governan USM yang merangkap Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa. Pihak yayasan juga telah menghulurkan bantuan iaitu penyerahan dapur gas kepada mangsa mangsa banjir.Terdahulu dalam ucapan beliau sewaktu taklimat ringkas kepada para sukarelawan, beliau tersentuh dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak terbabit  tanpa merasa jemu dan letih. 

“Tuan/puan dan para pelajar sekalian adalah golongan yang hebat dan berjiwa murni.Saya amat berharap sikap sebegini dapat terus disemai dalam diri setiap daripada kita agar keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat akan terus utuh dan bersemi kukuh,” ujar beliau.  

Misi bantuan banjir ini juga telah disertai oleh golongan siswa dan siswi daripada beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan beberapa lagi IPTA yang lain.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

269708
TodayToday480
This_WeekThis_Week1678
This_MonthThis_Month15114

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 August 2017.