HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • kk

JIWAI PERANAN PENSYARAH SEBAGAI PROFESION UNTUK KECEMERLANGAN DUNIA PENDIDIKAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN 17 November 2013  – Anggaplah peranan kita sebagai seorang pensyarah bukan sekadar satu kerjaya tetapi menjiwainya sebagai satu profesion merangkumi segenap ruang dalam kehidupan kita. Ini penting agar kita sentiasa sedar dan faham akan tanggungjawab kita kepada bangsa dan negara.

Berucap di hadapan para peserta Seminar Dan Bengkel Tahunan Pengajaran & Pembelajaran 2013 yang diadakan di Dewan Persidangan Kampus, Kompleks Pentadbiran, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM),  Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menegaskan bahawa kita perlu berani untuk berubah dan sentiasa memikirkan sesuatu yang inovatif agar kita tidak ketinggalan dan terus maju ke hadapan. 

“Tuan/puan perlu faham erti kecemerlangan yang sebenarnya, jika diamati ianya bukan sahaja merujuk ruang lingkup di dalam kelas malahan aspek aspek berkaitan di luar kelas turut diistilahkan sebagai ukuran kecemerlangan dari pelbagai sudut selagi ianya tidak bercanggah dengan norma kehidupan,” kata beliau. 

Beliau juga turut menarik perhatian para peserta seminar dengan menyatakan bahawa tumpuan utama sebagai seorang pendidik adalah para pelajarnya kerana sudah menjadi lumrah alam seorang pendidik akan menjadi gaya turutan atau role model.

"Jika kita merasakan bahawa kita seorang pendidik yang menjadi ikutan pelajar kita, maka persiapkanlah diri dengan pengetahuan yang terkini serta cekap menguruskan situasi yang ada agar kita terus dihormati dan disanjungi oleh para pelajar kita kelak,” tambah beliau lagi.

Terdahulu dalam majlis yang sama, turut menyampaikan ucapan alu aluan ialah Pengarah Pusat Pembangunan & Kecemerlangan Akademik dan Penasihatan & Pembangunan Pelajar (CDAE) dari Kampus Induk, Pulau Pinang iaitu Professor Abd Karim Alias. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa antara objektif utama seminar ini dijalankan adalah untuk memantapkan lagi aspek pengajaran dan pembelajaran staf akademik agar selari dengan tuntutan semasa serta mampu menghadapi sebarang kemungkinan yang akan timbul dalam dunia pendidikan kelak.

Seminar yang diadakan selama sehari ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 70 staf akademik dari  USM dan seramai 20 orang lagi dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Perguruan Sultan Mizan , Institut Perguruan Kota Bharu dan beberapa lagi IPTA. 

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed serta beberapa orang pegawai utama USM yang lain.

Latest

  • sb yayasan

  • sb prospectus

  • sb perantara

  • sb perantara en

  • sb diari

  • sb usminfo

admission.jpg

Online System

side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan

Emergency

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Visitors

269708
TodayToday480
This_WeekThis_Week1678
This_MonthThis_Month15114

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 August 2017.