ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

BE A VICTIM OR A SURVIVOR' BestARI SEBAR LUAS MAKLUMAT KESEDARAN KANSER PAYUDARA


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Oktober 2022 - Hampir 200 orang kakitangan pelbagai jawatan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai 'Breast Cancer Awareness Symposium: Be A Victim or A Survivor anjuran Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestARi) sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

c5c1f4d8 1e4c 43a1 ab89 f59c9f3fad06

3955912d 58c9 421d b2fb 9433d0c8ce7c

Simposium ini menjadi medium penyampaian maklumat berkaitan penyakit kanser ekoran tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat yang masih terlalu rendah.

Antara topik perkongsian yang diketengahkan ialah 'BestARi: What Do We Do?', 'Breast Cancer in Surgeon’s Hand', 'Breast Cancer Risk. What Are Our Actions?', 'Breast Cancer in Pathologist’s Eye', 'Breast Self Examination (BSE): Taken Care of Our Pearls' dan 'Breast Cancer and Sexuality: Experience from patients, Husband and Healthcare Providers'.

ba28e0c1 fa22 4168 bda7 e41eb80a680e

e1afa90b ed07 4203 a483 5f1ce74760f0

Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman telah meluangkan masa merasmikan simposium tersebut.  Turut hadir ialah Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Haron, Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr. Maya Mazuwin Yahya dan Penyelaras Bahagian Klinikal Unit BestARi, Dr. Wan Zainira Wan Zain.

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 06 February 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.