USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Mac 2023 - Pusat Islam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berbesar hati menerima sumbangan bernilai RM10,000 untuk Tabung Aktiviti Ihya Ramadan Kampus Kesihatan daripada Yayasan Tengku Salwani.


Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh pengasasnya, Dato' Hajjah Tengku Salwani binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra kepada Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

Sumbangan berkenaan akan dimanfaatkan bagi membiayai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan termasuk menyediakan juadah iftar kepada para pelajar serta ahli kariah yang kurang berkemampuan.