ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

USM LAKUKAN PEMERIKSAAN MATA PERCUMA KEPADA LEBIH 250 PELAJAR SK PULAU BELURU


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Mac 2023 – Seramai 264 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Tumpat telah menjalani pemeriksaan mata percuma anjuran Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) serta Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM dalam Program Saringan Mata Pelajar Sekolah di negeri Kelantan pada 20 Mac lalu.

16da85bc 511a 4b72 b4b9 f981cd7ae4bb

5a0f6f3f 5388 4e64 a2cd 1b24c41a95c4

Program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat dan Kementerian Kesihatan Malaysia itu juga berjaya mengenal pasti 10 orang pelajar yang mempunyai masalah rabun dan memerlukan cermin mata.

6ee2efc4 f711 4feb b75f de379c3a077a

Melalui program ini, masalah mata dalam kalangan pelajar dapat dikesan pada peringkat awal dan dirawat dengan sewajarnya. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang penyakit mata dalam kalangan pelajar dan guru.

e135d779 e296 44d8 bc45 fa6b2e839ffc

af69907a 2d87 4f3b af9e 80450a1efaff

Program ini antara lain bertujuan untuk mengenal pasti masalah mata seperti rabun, juling dan sebagainya supaya rawatan dapat diberikan sebelum komplikasi yang lebih teruk seperti mata malas berlaku.

Sumber Laporan & Foto : Dr. Ng Kwang Sheng

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.