ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

MAJLIS RAMAH MESRA & SOLAT HAJAT BUAT BAKAL DUYUFURRAHMAN


SAVE 20220623 202951

Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Solat Hajat bagi meraikan warga kampus yang bakal menunaikan Ibadah Haji.
 
SAVE 20220623 202959
 
Seramai 30 orang kakitangan Kampus Kesihatan daripada pelbagai jawatan dan jabatan terpilih untuk menunaikan Rukun Islam ke-5 pada tahun ini setelah dua tahun ibadah tersebut hanya dibuka kepada jumlah jemaah yang sangat terhad ekoran pandemik COVID-19.  
 
SAVE 20220623 202943
 
Pusat Islam turut menyediakan kit pengembaraan sebagai tanda mata kepada setiap bakal jemaah yang disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan,  Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak mewakili Pemangku Pengarah Kampus. 
 
Beliau turut menitipkan pesanan agar bakal jemaah haji menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang berada di tanah suci serta mengambil air minuman yang mencukupi memandangkan keadaan cuaca yang agak panas di sana.

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.