ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

USM DAN CASEMIX SOLUTIONS METERAI PERJANJIAN SAMBUNG KERJASAMA UNTUK KOMERSILKAN PRODUK PENYELIDIKAN


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Jun 2022 – Kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Casemix Solutions Sdn. Bhd. diperkukuhkan lagi melalui penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) bagi kesinambungan beberapa aktiviti akademik seperti penyelidikan, persidangan, seminar dan konsultasi, hari ini. 

 
Hadir menandatangani perjanjian ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak bagi pihak USM manakala Pengarah Casemix Solutions Sdn. Bhd, Profesor Dato’ Dr. Syed Mohamed Al Junid Syed Junid dan Eksekutif IT, Casemix Solutions Sdn. Bhd, Shariffah Syazwana Al Junid bagi pihak Casemix Solutions Sdn. Bhd. 
 
SAVE 20220626 185210
 
Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, USM amat mengalu-alukan kerjasama antara dua oraganisasi ini kerana di USM terdapat ramai tenaga yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam sektor kesihatan serta mampu menyumbang dan berkongsi ilmu dalam menjayakan aktiviti melalui perjanjian ini. 
 
“Saya difahamkan, perjanjian awal telah ditandatangan pada tahun 2011 yang melibatkan projek pelaksanaan ‘Casemix System’ di Hospital USM pada tahun 2015. 
 
SAVE 20220626 185144
 
“Pembaharuan perjanjian ini merupakan petanda positif bagi kolaborasi antara kedua-dua institusi dalam menjayakan agenda USM untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan penyelidikan yang ‘outstanding’ di samping menyumbang kepada pembangunan negara perindustrian dan bertamadun,” katanya. 
 
Faisal Rafiq berkata, beliau percaya perjanjian antara Casemix Solution Sdn. Bhd dan USM akan menyumbang untuk kerjasama yang lebih erat di masa hadapan serta merakamkan ucapan terima kasih kepada Casemix Solution Sdn. Bhd kerana mempercayai USM dengan menandatangani MoA ini. 
 
SAVE 20220626 185203
 
Sementara itu, Pengarah Casemix Solutions Sdn. Bhd, Profesor Dato’ Dr. Syed Mohamed Al Junid Syed Junid, pula berkata, perjanjian ini merupakan sambungan kerjasama terdahulu antara USM dan Casemix Solutions Sdn. Bhd. 
 
“Ia bertujuan untuk mengkomersilkan produk-produk penyelidikan daripada Casemix dan melalui perjanjian ini lebih banyak aktiviti dapat dijalankan untuk meningkatkan kualiti serta kecekapan produk kesihatan. 
 
SAVE 20220626 185155
 
“Sistem Cesemix dapat dimanfaatkan bukan sahaja kepada orang awam dalam mendapatkan rawatan lebih baik, tetapi juga mampu menjadi penanda aras kualiti dan kuantiti penggunaan sumber serta kos rawatan yang ditanggung pihak pengurusan hospital,” jelasnya. 
 
Tambah Syed Mohamed Al-Junid, sistem yang bersifat universal itu boleh diubah suai mengikut kehendak dan keperluan pengguna yang ingin menggunakannya. 
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Pensyarah Universiti merangkap Ketua Projek Casemix USM, Profesor Madya Dr. Rosminah Mohamed. 
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.