ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

'USM ENDOSCOPIC SINUS SURGERY’ DAN ‘USM TEMPORAL BONE DISSECTION COURSE 2022’ BERI PENDEDAHAN UNTUK TINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBEDAHAN


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Julai 2022 - Setelah dua tahun menyepi akibat pendemik COVID-19, kini Jabatan Otorinolaringologi (ORL) - HNS, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) kembali menganjurkan kursus ‘USM Endoscopic Sinus Surgery Course’ pada 3 hingga 4 Julai dan kursus ‘USM Temporal Bone Dissection Course’ yang dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 7 Julai ini. 
 
SAVE 20220704 150143
 
Kursus profesional dan intensif yang dibuka khusus kepada Pegawai Perubatan Terlatih atau calon Sarjana Perubatan ORL - HNS (MMed ORL - HNS) dari seluruh negara itu berlangsung di Makmal Pelbagai Guna 2, PPSP USM. 
 
Menurut Pengarah Program yang juga Pensyarah Perubatan dan Pakar Otorinolaringologi - HNS, Dr. Nik Adilah Nik Othman, kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan di samping meningkatkan kemahiran pembedahan dan klinikal para peserta dalam pembedahan endoskopik sinus (hidung) dan diseksi tulang temporal (bahagian telinga). 
 
SAVE 20220704 150121
 
“Selain itu, ia juga merupakan salah satu platform bagi pakar ORL - HNS di USM, dalam dan luar negara untuk berkongsi pengetahuan serta kepakaran dalam bidang ini.  
 
“Kursus ini juga diharap dapat meningkatkan proses pengurusan dan kaedah rawatan pesakit yang akan memberi tambah nilai kepada kualiti hidup pesakit dan masyarakat amnya,” katanya. 
 
SAVE 20220704 150136
 
Beliau berkata, pihak penganjur telah menjemput dua orang pakar ORL - HNS dari rantau ASEAN iaitu Profesor Dr Kornkiat Snidvongs dari Universiti Chulalongkorn, Thailand dan Dr Budi Sutikno dari Universiti Airlangga, Indonesia untuk berkongsi kepakaran dalam pembedahan sinus endoskopi. 
 
“Beberapa pakar dari USM, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu juga terlibat sebagai fasilitator bagi membimbing para peserta kursus untuk menjalankan prosedur secara ‘hands-on’.  
 
SAVE 20220704 150129
 
“Pelbagai cabaran berjaya ditempuh untuk merealisasikan kursus ini antaranya mendapatkan ‘fresh frozen cadaver’ (mayat) dari bahagian kepala (hidung dan telinga) yang hampir menyamai keadaan sebenar bahagian organ pesakit yang menjalani pembedahan di mana ia perlu diimport dari Amerika Syarikat serta prosedur yang perlu dilalui untuk sampai di makmal latihan adalah ketat, rumit dan mahal,” jelasnya lagi.  
 
Hadir merasmikan kursus tersebut ialah Timbalan Dekan Libatsama Industri – Komuniti dan Pembangunan, PPSP, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Ketua Jabatan, Jabatan Otorinolaringologi -HNS, Profesor Madya Dr. Ramiza Ramza Ramli. 
 
Teks / Foto: Che Ismail Che Lah / Suntingan: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel.

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.