ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

TREK BASIKAL PUPUK BUDAYA BERSUKAN WARGA KAMPUS


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Julai 2022 - Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, semakin ramai yang bertukar hobi kepada aktiviti berbasikal dan tidak hairan jika ia semakin digemari pelbagai lapisan masyarakat. 

Sukan berbasikal sememangnya membawa banyak manfaat untuk badan terutama dalam membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dan membakar kalori. 
 
SAVE 20220716 174508
 
Aktiviti sukan berbasikal turut menarik minat warga Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai aktiviti riadah mereka. Justeru, pihak pengurusan Kampus Kesihatan dengan kerjasama Kelab Basikal USM mengambil inisiatif menyediakan trek berbasikal di dalam kawasan kampus berkonsepkan taman mesra basikal. 
 
Menurut Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset Hospital USM yang mewakili Pengarah Kampus, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud, trek basikal ini mempunyai jarak sejauh enam (6) kilometer dan bakal memberi pengalaman kepada warga kampus untuk merasai aktiviti sukan berbasikal secara 'Off-Road' dan 'On-Road' di dalam kampus. 
 
"Trek basikal ini diharap dapat memberi pengalaman menarik kepada pengguna dan mampu mengurangkan risiko kemalangan terutamanya di jalan raya. 
 
IMG 20220716 174459
 
"Dengan adanya trek basikal ini ianya memudahkan warga kampus beriadah terutamanya selepas waktu bekerja dan trek ini menyajikan landskap menarik berlatar taman hijau dan pemandangan Sungai Pengkalan Datu," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Kayuhan Ukhwah, hari ini.
 
Tambah Ashraf, ia juga dapat menyokong hasrat universiti untuk melahirkan warga kampus yang sihat melalui inisiatif program FIT USM sebagai usaha untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat ke arah melahirkan individu yang cergas dan cerdas sekaligus mengamalkan budaya 'work-life balance'.
 
Sementara itu, Pengerusi Kelab Basikal USM atau lebih dikenali dengan nama 'USM Cycling Club' (USMCC) Kampus Kesihatan , Profesor Madya Dr. Andee Dzulkarnaen Zakaria, pula berkata, sebagai permulaan, hari ini USMCC telah menganjurkan program tersebut kepada ahli USMCC yang disertai hampir 100 peserta untuk berbasikal bagi mempromosikan trek ini kepada pengguna. 
 
SAVE 20220716 174353
 
"USMCC Kampus Kesihatan juga mengambil peluang untuk mewar-warkan kepada seluruh warga Kampus Kesihatan agar mendaftar sebagai ahli kelab USMCC kerana pelbagai faedah dapat diperoleh sebagai ahli. 
 
"Ahli bukan sahaja dapat menggunakan trek basikal ini malah pihak jawatankuasa juga sentiasa mengadakan bengkel bagi memberi pendedahan cara menggunakan basikal dengan betul, keselamatan semasa berbasikal dan ahli juga boleh menyertai pelbagai kejohanan yang dianjurkan oleh pihak luar melalui penyertaan USMCC yang secara tidak langsung  boleh mengharumkan nama USM," jelasnya.
 
Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.