ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

SUKOKU KEMBALI MERIAH SETELAH DUA TAHUN MENYEPI AKIBAT COVID-19


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Julai 2022 – Sukan Orang Kelainan Upaya (SUKOKU) peringkat negeri Kelantan tahun ini menyaksikan kemeriahan setelah negara kini berada pada fasa peralihan ke endemik rentetan wabak COVID-19 melanda lebih dua tahun. 

SAVE 20220720 202901
 
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Samsuddin berkata, selaras dengan penekanan sukan untuk semua golongan, peluang dan ruang untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal saharusnya disediakan kepada semua individu di Malaysia. 
 
“Hasil kerjasama USM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Kelantan, program SUKOKU berjaya dianjurkan beberapa siri sebelum ini iaitu pada tahun 2010, 2011, 2012, 2015, 2018 dan terakhir pada 2019 iaitu sebelum perintah lawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan. 
 
SAVE 20220720 202837
 
“SUKOKU kali ini menekankan aspek penglibatan OKU dalam aktiviti fizikal bagi meningkatkan aspek kesihatan, kecergasan dan psikososial ke tahap yang lebih baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program tersebut. 
 
Tambah Shaharum, tema yang dipilih pada tahun ini adalah ‘OKU Berdaya Saing’ cukup menggambarkan keupayaan dan potensi individu OKU untuk bersaing selain kemampuan mereka untuk bersama-sama dengan komuniti. 
 
SAVE 20220720 202854
 
“Golongan OKU yang diklasifikasi sebagai ketidakupayaan mental atau ‘Intellactual Disability’ (ID) mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana mereka kelihatan seperti individu yang normal dari segi anggota dan rupa paras luaran namun terdapat kekurangan dari segi proses pemikiran dan pemahaman. 
 
“Pesakit yang dikategorikan sebagai ID biasanya diwarisi sejak lahir seperti Sindrom Down, Cerebral Palsy, Autisme, Learning Disability dan Sindrom Asperger’s,” jelasnya lagi.  
 
Sementara itu, Pengarah Program SUKOKU, Gregory Camillus a/l Sevam, pula berkata, keceriaan peserta dapat dilihat apabila penganjuran program pada tahun ini dapat dianjurkan memandangkan mereka banyak meluangkan masa di rumah disebabkan penyakit yang dihidapi dan tekanan yang dirasai melebihi daripada orang normal. 
 
SAVE 20220720 202847
 
“SUKOKU pada tahun ini disertai seramai 173 orang peserta daripada 32 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh negeri Kelantan dan 72 orang pengiring bagi membantu para peserta. 
 
“SUKOKU kali ini berjalan lancar dengan bantuan penglibatan pelajar-pelajar USM dan saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat kerana saya percaya bukan senang mengawal peserta yang istimewa ini,” katanya.  
 
Turut hadir menyaksikan program itu ialah Pengarah JKM Negeri Kelantan, Said Sidup dan Pengerusi bersama Kluster OKU USM merangkap Ketua Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim. 
 
Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.