ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PROGRAM KKKK PLATFORM BENTUK KARAKTER  MAHASISWA CAKNA MASYARAKAT


TUMPAT KELANTAN, 17 Ogos 2022 - Buat kesekian kalinya residensi komuniti dalam Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) yang merupakan salah satu kurikulum akademik utama bagi kursus Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) diadakan semula setelah dihentikan seketika sepanjang negara dilanda pandemik COVID-19.

61efd1b8 2f1d 4e33 8e6c 4222df6719b7

Program KKKK yang melibatkan seramai 150 pelajar Tahun 4 bermula Jun lalu bukan sekadar program baktisiswa atau OPKIM (khidmat masyarakat) tetapi merupakan satu pakej akademik bertujuan mendedahkan pelajar kepada disiplin kesihatan awam dan perubatan pencegahan di samping memberi peluang mereka bergaul dengan masyarakat luar.

Bagi sidang akademik 2021/2022, Program KKKK telah diadakan di Daerah Sungai Pinang, Tumpat yang melibatkan lima (5) buah kampung iaitu Kampung Kok Keli, Kampung Gerong, Kampung Laut, Kampung Kok Pasir dan Kampung Sungai Pinang.

bcf6d70a a76d 42d3 b650 4cbf9ea013f0

Menurut Pengerusi Program KKKK, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohamad, objektif program ini adalah untuk membina kemahiran insaniah bagi membentuk graduan Doktor Perubatan USM yang berorientasikan komuniti kelak.

"Sepanjang tempoh residensi, pelajar berjaya melaksanakan pelbagai projek intervensi kesihatan komuniti yang sesuai kepada masalah-masalah kesihatan yang telah mereka kenalpasti.

"Projek ini memberi impak kepada penduduk kampung, ianya jelas dilihat apabila kajian semula dibuat oleh pelajar, didapati tahap kesedaran dan pengetahuan berkaitan penyakit yang difokuskan di setiap komuniti atau kampung meningkat", katanya.

001fa009 486e 4fd4 9d03 6236be222e83

Sementara itu, Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program tersebut berlangsung di kampung masing-masing.

"Program ini merupakan satu bentuk promosi kesihatan secara lebih agresif dalam memberi kesedaran kepada penduduk kampung agar lebih cakna kepada keperluan mencegah penyakit.

"Apa juga penyakit, ianya boleh dicegah dan disebabkan itulah pencegahan amat penting kerana apabila ramai yang mengidap penyakit, kos rawatan dan perubatan akan meningkat serta membebankan masyarakat sendiri", ujar beliau dalam ucapan aluan mewakili Dekan, PPSP. 

8b365f0f 27f7 4bb9 95fe cc5546b97f26

Tambah beliau, kaedah 'experiental learning' atau pembelajaran melalui refleksi yang terhasil berdasarkan pengalaman yang diterapkan dalam program KKKK ini merupakan salah satu pendekatan utama USM bagi membina karakter, sahsiah dan kematangan pelajar universiti dalam mengharungi cabaran abad ke-21.

Sebagai tanda terima kasih kepada pihak yang terlibat, PPSP telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Penutup di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. 

e0db8b8b 14e9 4e28 8e71 89efce7bce90

Penyampaian penghargaan dan saguhati kepada Penyelia dalam komuniti yang terdiri daripada penggawa dan Ketua-ketua Kampung serta para pensyarah yang terlibat telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Hj. Rusydee Abdullah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP, Profesor Madya Dr. Kamarul Imran Musa serta para pensyarah PPSP.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.