ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

UJIAN DARAH DAN KANSER PAYUDARA ANTARA PENGISIAN PROGRAM KRIS DI PULAU PERHENTIAN


PULAU PERHENTIAN, BESUT TERENGGANU, 1 September 2022 – Penduduk di Pulau Perhentian berpeluang menjalani saringan kesihatan dan saringan kanser payudara secara percuma selain mendapat pendedahan mengenai kepentingan mengenali keputusan ujian darah. 

SAVE 20220901 123857
 
Ini ekoran daripada usaha murni Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang diterjemahkan melalui penganjuran Program Kenali Keputusan Darah Anda dan Saringan Kesihatan serta Saringan Kanser Payudara anjuran Jabatan Patologi Kimia, Unit Penyelidikan dan Kesedaran Kanser Payudara (BestAri), 'Servis Learning Malaysia University For Society' (SULAM), Program Libatsama Komuniti USM Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Malaysia (PAPISMA). 
 
SAVE 20220901 123843
 
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, beliau amat yakin pelaksanaan program sebegini dapat memberi manfaat yang berguna untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat terutama di Pulau Perhentian. 
 
"Ia jelas bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan saringan pemeriksaan kesihatan supaya masyarakat boleh mengenalpasti penyakit dan mendapatkan rawatan lebih awal bagi mengelak berlakunya komplikasi. 
 
SAVE 20220901 123835
 
“Melalui Hospital USM, program ini turut menjadi platform bagi kerajaan untuk menjalankan aktiviti promosi, kempen kesedaran, rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat. 
 
“Selain itu, kerajaan juga telah menyedia dan meluaskan perkhidmatan klinik bergerak dengan peralatan kesihatan yang baik dan mencukupi khusus untuk menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti melalui peruntukan bajet KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS),” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian. 
 
SAVE 20220901 123910
 
Shaharum menyeru kepada semua penduduk agar tidak ketinggalan mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk hadir selain turut berkongsi maklumat yang diperolehi dengan mereka yang tidak dapat hadir. 
 
"Hospital USM membawa kepakaran daripada Jabatan Patologi Kimia untuk saringan analisis tahap gula dan kolesterol dalam darah manakala BestARI pula menyediakan saringan kanser payudara percuma kepada semua. 
 
SAVE 20220901 123903
 
"Di samping itu, rakan kolaborasi daripada PAPISMA turut mengadakan demontrasi cara penjagaan gigi dan ceramah kesihatan selain aktiviti cabutan bertuah serta pertandingan mewarna bagi pelajar sekolah rendah," katanya lagi. 
 
SAVE 20220901 123850
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan, Jabatan Patologi Kimia PPSP USM, Dr. Aniza Jelani; Pengerusi BestAri, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Juhara Haron; Pengerusi Program Kenali Keputusan Darah Anda dan Saringan Kesihatan, KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Dr. Tuan Salwani Tuan Ismail; Pengarah Program Saringan Kanser Payudara BestAri, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al Astani Tengku Din; Timbalan Pengerusi PAPISMA, Dr. Muhammad Za’im Samsuri; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Mohd Ruzami Mamat dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Nik Zawawi Mohd Noor. 
 
Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.