ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

‘OPHTHALMOLOGY & ENT 2022 UPDATE’: BANTU TINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 September 2022 – Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini telah melancarkan tiga bengkel bagi membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kualiti perkhidmatan pengawai perubatan khususnya di peringkat perubatan primer.

32c8936e f85a 407a af31 a5929c7ff9a9

Tiga bengkel tersebut ialah 'Ophthalmology Update In Primary Care', ‘ENT Update In Primary Care' dan 'Behaviour Change Counselling In Primary Care' dijadualkan berlangsung bermula hari ini, 26 hingga 28 September mendapat kerjasama daripada Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual serta Jabatan Otorinolaringologi PPSP USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ II), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Persatuan Perubatan Keluarga (FAMOUS).

35ec91c0 fc73 4780 9c90 9aa96a92783a

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, program ini merupakan medan perkongsian ilmu oleh pakar perubatan dari pelbagai bidang kepakaran.

“Selain memberi pendedahan kepada para doktor di bahagian kesihatan primer untuk membuat diagnosis yang tepat dan mengendali rawatan penyakit oftalmologi yang biasa ditemui di klinik kesihatan awam mahupun swasta, program ini juga turut memberi pendedahan mengenai penyakit yang berkaitan dengan bahagian telinga, hidung dan tekak seperti penyakit vertigo, jangkitan telinga, hidung dan tekak.

“Malah, ia juga tidak hanya mengetengahkan pendedahan secara teori namun turut menyertakan teknik ‘hands-on’ kepada para peserta bagi meningkatkan lagi tahap penyampaian dan kefahaman mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis tersebut.

c631c8c1 d4a7 47ae 89e0 8ee16f70198f

Tambah Shaharum, bertindak sebagai benteng utama dalam bidang kesihatan barisan hadapan, doktor di bahagian primer perlu dipupuk dengan teknik yang efektif untuk mengendalikan kaunseling kepada pesakit terutamanya pesakit diabetes, obesiti, ketagihan merokok dan sebagainya.

"Ini kerana mereka merupakan orang yang pertama dan lebih dekat dengan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesihatan," ujarnya lagi.

Shaharum turut berharap agar program yang berlangsung selama tiga hari itu dapat memberi manfaat yang berguna kepada doktor-doktor perubatan tidak kira dalam sektor awam mahupun swasta.

e9e48083 5bc0 4c37 a845 e4e1d8d7945f

Turut hadir dalam program tersebut ialah Presiden PAPISMA, Dato' Suhaini Kadiman, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, PPSP USM, Dr. Imran Ahmad, Pengarah Program 'Ophthalmology & ENT Update', Dr. Juliawati Muhammad dan Profesor Azidah Abdul Kadir pengarah program dan 'Behaviour Change Counselling In Primary Care'.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 30 November 2022.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.