ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

COOPUSMA SOKONG MATLAMAT SERTA HALATUJU USM


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 September 2022 – “Saya percaya faktor kejayaan Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Berhad (COOPUSMA) ialah sentiasa berdiri secara unik dan bertindak di luar kotak selain bergerak seiring dengan matlamat universiti kerana telah memilih perniagaan kesihatan yang tidak dilaksanakan oleh koperasi lain,” demikian kata Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Dr. Azlinda Azman semasa merasmikan mesyuarat agung koperasi berkenaan, hari ini. 

SAVE 20220929 200515
 
Menurut Azlinda, beliau begitu berbangga dengan kejayaan Koperasi Warga USM Kelantan Berhad yang telah memberikan tempias hebat ke atas reputasi USM di mata Malaysia dan sejak kebelakangan ini, COOPUSMA telah benar-benar menaikkan imej USM. 
 
“Sumbangan yang diberikan koperasi ini tidak dapat dinafikan lagi bahkan lain daripada yang lain seperti Pusat Dialisis Lestari, memberi latihan dan peluang pekerjaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) di bawah program ‘Vocational Training’ USM, menyediakan tempat pembelajaran untuk pelajar dikenali sebagai ‘immersion space’ melalui ‘endownment’ COOPUSMA dengan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, pelantikan Klinik Lestari sebagai Klinik Panel serta pengoperasian ambulans koperasi. 
 
SAVE 20220929 200522
 
“Saya tertarik apabila mendapat tahu adanya ambulans koperasi ini yang mana saya difahamkan ia adalah sumbangan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Kelantan dan ambulans ini digunakan secara optimum dengan membawa pasukan perawatan termasuk jurupulih anggota ke rumah-rumah pesakit yang memerlukan rawatan susulan dan hal ini sekali lagi menaikkan nama USM di mata komuniti setempat,” ujarnya.  
 
Tambah Azlinda, beliau amat berterima kasih dan berbangga atas kerjasama yang ditunjukkan ini.   
 
SAVE 20220929 200530
 
“Ini sangat relevan dengan visi USM untuk mengutamakan ‘the bottom billion’ iaitu golongan terkebawah atau B40.  
 
“Saya juga percaya konsep keseimbangan hablumminallah wa hablumminannas ini telah menjadikan koperasi mencapai kejayaan secara berterusan dan disayangi staf sehingga lebih 50 peratus (%) daripada seluruh kakitangan Kampus Kesihatan telah menganggotainya,” jelasnya lagi. 
 
SAVE 20220929 200538
 
Azlinda turut mengajak semua pihak merujuk asas gerakan koperasi yang diteraskan oleh nilai-nilai sejagat seperti berdikari, demokrasi, persamaan hak (equality), keadilan (equity) dan semangat bersatu padu (solidarity) serta nilai etika seperti ketelusan, kejujuran dan keikhlasan, semangat mementingkan tanggungjawab sosial dan berbakti kepada masyarakat.  
 
SAVE 20220929 200545
 
“Gerakan awal koperasi tidak bertujuan memaksimumkan keuntungan, sebaliknya, koperasi bertujuan memberikan keperluan atau perkhidmatan pada kadar yang berpatutan.  
 
“Prinsip ini yang perlu dijaga oleh koperasi ini supaya identitinya kekal dalam kalangan staf dan pesakit serta saya mengharapkan agar kejayaan COOPUSMA dapat dikongsi dan diterjemah bagi kejayaan koperasi siswa pula selepas ini,” katanya. 
 IMG 20220929 203420
 
Azlinda juga bersetuju dan berbangga untuk mengatakan bahawa Koperasi Warga USM Kelantan Berhad adalah produk USM yang cemerlang dan berharap agar ianya kekal cemerlang dan terus merealisasikan impian koperasi itu sendiri amnya dan universiti khasnya. 
 IMG 20220929 203852
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Negeri Kelantan, Mohd Shihabuddin Mohd Yazid; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan, Wan Mohamad Zain Wan Abdullah dan Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Profesor Madya Dr. Mohamed Saat Ismail. 
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.