ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

UBAH STIGMA NEGATIF KESIHATAN MENTAL BUKAN GILA


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Oktober 2022 -  'Menjadikan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan untuk Semua Sebagai Keutamaan Global' yang dipilih sebagai tema Hari Kesihatan Mental 2022 sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang dihadapi oleh kita semua ekoran pandemik COVID-19 yang melanda sebelum ini.

16dd99ad 0c54 484c 8ad3 f1bf3385e298

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, hari ini merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental 2022 yang diadakan di Dewan Kuliah C, anjuran Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Persatuan Perubatan Psikologi Kelantan (PERSIKOL) serta Pusat Kesihatan Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

67b67e8c 7900 4c51 9b8d 7b0a177aa875

Dalam ucapan perasmiannya beliau berkata, sambutan ini bertujuan untuk memperkenalkan program pemulihan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental supaya mereka dapat berinteraksi dan berfungsi di dalam masyarakat.

"Kesihatan mental seringkali dikaitkan dengan penyakit mental sedangkan ianya adalah kurang tepat. 

"Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental merangkumi perasaan, fikiran dan tingkah laku dalam diri, kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang sekeliling di samping bagaimana seseorang itu mengendalikan cabaran serta tekanan yang timbul dalam kehidupan mereka.

7d5455f5 5d6a 4ab0 89df 7dd9e9efd012

"Sambutan Hari Kesihatan Mental antara usaha untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental kerana masyarakat sering beranggapan negatif terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental", ujarnya.

Tambah Shaharum, kolaborasi dengan PERKESO yang telah memperkenalkan program 'Return To Work' (RTW) juga membantu pesakit khususnya pencarum yang hilang upaya melalui sesi kaunseling, intervensi pemulihan fizikal, pemulihan vokasional, latihan pekerjaan sehingga mereka mampu untuk kembali bekerja.

"Pusat Inkubator Rehabilitasi Psikiatri Hospital USM turut menyediakan platform latihan kemahiran secara praktikal bagi melatih pesakit mendapat latihan asas vokasional dengan harapan mereka diberi peluang untuk bekerja dan tidak dipinggirkan. 

efe2aa36 fcdf 438d 8cea fc5ce3740a3c

"Saya berharap agar kita terus menyokong usaha ini dan membuang anggapan negatif, hilangkan stigma yang dilabelkan ke atas istilah psikiatri itu sendiri.  Mereka memerlukan sokongan kita kerana kekuatan psikologi dapat memastikan kesejahteraan diri, keseimbangan fizikal, mental, tingkah laku dan spiritual," katanya.

Menurut Shaharum, USM sentiasa membuka peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam apa jua program atau kempen yang berkaitan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan mental menjadi keutamaan yang perlu dijaga.

Kira-kira 200 orang peserta menyertai program sehari ini yang diisi dengan sesi ceramah dan forum kesihatan mental, pameran kesihatan mental, sesi temuduga pekerjaan oleh wakil-wakil majikan serta gerai-gerai jualan.

Turut hadir ialah Pengarah PERKESO Negeri Kelantan, Nora Yaacob; Ketua Jabatan Psikiatri, Profesor Madya Dr. Mohd Azhar Mohd Yasin dan Pensyarah Jabatan Perubatan merangkap Pengerusi Pogram Hari Kesihatan Mental 2022, Dr Ahmad Shahril Ab. Halim.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.