ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PELANCARAN TABUNG WAKAF KESIHATAN MAIK-USM


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN , 9 November 2022 – Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melancarkan Tabung Wakaf Kesihatan MAIK-USM bertempat di Dewan Kuliah 4, Kampus Kesihatan, hari ini.
 SAVE 20221109 212722
 
Timbalan Pengarah, Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abdul Satar @ Ismail berkata, Tabung Wakaf MAIK-USM adalah wakaf tunai yang akan ditukarkan menjadi harta kekal dan manfaatnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan rawatan kepakaran di Hospital USM serta melahirkan graduan kesihatan yang berkualiti dan berketrampilan.
 
“Pelancaran tabung ini bertujuan untuk mempromosi aktiviti wakaf dalam kalangan warga Kampus Kesihatan, alumni, pesara USM dan masyarakat sekitar selain merancakkan lagi aktiviti wakaf di negeri Kelantan.
 SAVE 20221109 212754
 
“Kakitangan USM boleh berwakaf melalui kaedah potongan gaji menerusi aplikasi E-Pusat Islam, kaedah pindahan wang dalam talian serta kaedah tabung fizikal yang diletakkan di lokasi terpilih dalam USM,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus Kesihatan USM.
 
Tambah Amira, MAIK telah memberi taraf mutawalli kepada pihak USM untuk menguruskan kutipan dan juga projek yang bakal dibangunkan menggunakan dana tabung wakaf tersebut.
 
SAVE 20221109 212715
 
Sementara itu, Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin pula berkata, adalah sangat penting kakitangan USM mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam semua urusan kehidupan.
 
“Bekerja dengan ikhlas, amanah, bekerjasama, berkongsi idea dan sebagainya. 
 
SAVE 20221109 212729
 
"Elak melakukan salah laku semasa bekerja contohnya mencuri tulang, berbual kosong, ponteng kerja, menangguh-nangguhkan kerja, bersikap kasar dengan pelanggan, hasad dengki, amalan membazir, tidak jujur, menipu dan sebagainya agar rezeki atau gaji yang diterima betul-betul halal.
 
“Bekerja dengan cara yang diajar oleh Rasulullah SAW bukan sahaja mendapat pahala ibadat, tetapi juga dapat meningkatkan produktiviti dan melonjak kecemerlangan universiti," katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.
 
SAVE 20221109 212747
 
Dalam majlis itu juga turut berlangsung penyampaian Anugerah Penghargaan Khas Sempena Maulidur Rasul 1444H Peringkat Kampus Kesihatan USM. Anugerah ini terdiri daripada kategori Ikon Pelajar Dinamik, Ikon Kariah Istiqamah, Ikon Staf Berdedikasi dan Anugerah Khas Pusat Islam.
 
SAVE 20221109 212740
 
Turut hadir dalam majlis tersebut Pemangku Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis, Ketua Pegawai Baitulmal, MAIK, Al-Fadil Ustaz Ridhwan Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Induk, Ustaz Zayd Zhari.
 
Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.