ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

BUKU COVID-19: SUMBER RUJUKAN PADA MASYARAKAT


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Januari 2023 – Pandemik COVID-19 telah lebih tiga tahun melanda dunia hingga mengubah norma kehidupan dalam semua aspek. Pelbagai informasi dan kajian mengenai koronavirus dan penyakit COVID-19 telah dijalankan namun masih banyak lagi bidang ilmu yang perlu diterokai dan dikenal pasti.

 
Justeru itu, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP)  menerbitkan buku bertajuk “COVID-19: Impak Kesihatan dan Norma Baharu Kehidupan”.
 
IMG 20230130 WA0058
 
IMG 20230130 WA0057
 
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, berkata, penerbitan buku tersebut bertujuan untuk menyampaikan informasi sahih hasil nukilan daripada pakar bidang yang berkenaan dan sesuai dijadikan bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat.
 
“Penerbitan buku ini merupakan idea daripada barisan editor dan ahli jawatankuasa Laman Sesawang Sumber Informasi Perubatan COVID-19 (SIPC) yang telah dilancarkan pada Julai 2020.
 
IMG 20230130 WA0056
 
“Laman sesawang SIPC berperanan sebagai tempat pengumpulan maklumat kesihatan daripada segenap aspek berkenaan COVID-19 bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada orang ramai dan petugas kesihatan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Buku COVID-19, hari ini.
 
Tambah Shaharum, projek penulisan buku ini merupakan satu pencapaian luar biasa kerana berjaya menghasilkan bacaan ilmiah berkualiti dalam masa yang singkat.
 
“Ini kerana para penulis juga merupakan pakar-pakar perubatan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan, saringan dan rawatan penyakit COVID-19 selain turut berkhidmat sebagai pendidik atau penyelidik dalam bidang masing-masing.
 
IMG 20230130 WA0059
 
“USM juga turut berbangga dan sangat menggalakkan para pensyarah untuk terlibat terutamanya dalam penerbitan buku–buku separa ilmiah bagi manfaat umum,” ujarnya lagi.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, PPSP, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak; Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Pengarah Perubatan Hospital KPJ Perdana, Dr Mohamad Hamzah dan para editor Buku COVID-19.
 
Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 March 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.