ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

AKADEMI SUKAN ANAK STAF, AGENDA KESEJAHTERAAN WARGA


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Februari 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi agenda kesejahteraan warga sentiasa tampil dengan pelbagai inisiatif dan yang terkini memperkenalkan program Akademi Sukan Anak Staf (ASAS).

IMG 20230217 WA0020

IMG 20230217 WA0015
 
Beberapa acara sukan telah dikenal pasti pada peringkat permulaan ASAS di Kampus Kesihatan yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dalam suatu majlis di Dewan Badminton, Kompleks Sukan 1, hari ini.
 
Menerusi akademi ini, para peserta yang terdiri daripada anak-anak staf, khususnya daripada kumpulan B40 dan M40 akan diberi pendedahan serta latihan berstruktur di fasiliti sukan USM oleh jurulatih-jurulatih kompeten. Antara sukan yang ditawarkan ialah bola sepak, badminton, memanah dan tenis.
 
IMG 20230217 WA0023
 
IMG 20230217 WA0014
 
Shaharum ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut berkata, ASAS ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak staf menceburi bidang sukan dan menonjolkan bakat dalam acara sukan yang diminati secara percuma. 
 
“Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai amalan hidup sihat di samping membentuk pemain yang berkualiti untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
 
IMG 20230217 WA0018
 
IMG 20230217 WA0016
 
“ASAS mensasarkan anak-anak staf Kampus Kesihatan yang berusia 14 tahun ke bawah dan tidak berpeluang untuk mengikuti akademi sukan di luar yang mempunyai komitmen bulanan serta kadar yuran yang tinggi,” katanya.
 
Tambah Shaharum, bersukan merupakan antara aktiviti sihat yang perlu dibudayakan oleh semua peringkat untuk melahirkan generasi sejahtera. 
 
IMG 20230217 WA0024
 
IMG 20230217 WA0013
 
IMG 20230217 WA0026
 
“Saya dimaklumkan sasaran penyertaan seramai 100 orang untuk menyertai ASAS telah melebihi kuota dan pihak urus setia terpaksa menolak sesetengah permohonan atas faktor kemampuan jurulatih yang terhad dan kemudahan sukan yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan.
 
”Ini menujukkan bahawa anak-anak memerlukan platform yang betul untuk membuktikan bakat yang mereka ada,” jelasnya lagi.
 
IMG 20230217 WA0021
 
IMG 20230217 WA0022
 
Shaharum turut menyuarakan harapannya agar anak-anak yang terlibat dalam akademi ini terus aktif dalam sukan yang diceburi sehingga peringkat yang lebih tinggi serta dapat mewakili negeri dan negara seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga mereka ke arah yang lebih baik. 
 
”Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini terutamanya kepada jurulatih yang sudi melatih peserta ASAS secara sukarela tanpa bayaran dan elaun.
 
IMG 20230217 WA0017
 
”Adalah diharapkan akademi yang diperkenalkan ini mampu menjadi salah satu wadah bagi mencapai tujuan yang digarapkan oleh universiti,” ujarnya.
 
Untuk rekod, ASAS pada tahun ini menerima 34 penyertaan bagi sukan bola sepak, 37 penyertaan bagi badminton, 22 penyertaan bagi acara memanah dan tujuh (7) penyertaan bagi sukan tenis.
 
IMG 20230217 WA0025
 
Sementara itu, salah seorang bapa peserta ASAS yang juga Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi, Seksyen Farmasi Non Formulari, Hospital USM, Mohd Rahmatul Fithri Ismail, berkata, beliau sangat gembira dan terharu apabila anaknya yang berusia 10 tahun terpilih menyertai sukan bola sepak.
 
“Saya yakin program ini dapat melahirkan lebih ramai atlet pada masa akan datang kerana bakat para peserta telah dilatih secara asas. 
 
IMG 20230217 WA0019
 
“Program ini juga diharap dapat diadakan secara berterusan pada setiap tahun untuk mengelak anak-anak lebih terpengaruh kepada gajet selain membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila ibu bapa turut sama meluangkan masa memberi galakan dan motivasi sepanjang anak-anak menjalani latihan ASAS," katanya ketika ditemubual.
 
IMG 20230217 WA0012
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria mewakili Pengarah Hospital USM, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria dan Ketua-ketua Jabatan Kampus Kesihatan.
 
Teks: R. Alia Fazni R. Azmi / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 May 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.