ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

BENDUNG PENYALAHGUNAAN DADAH, USM PERKENAL INTERVENSI INOVATIF


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Mac 2023 – Penyalahgunaan dadah merupakan isu global dan memberi kesan kepada semua golongan masyarakat melibatkan pekerja kerajaan atau swasta termasuk golongan berpendidikan tinggi, profesional mahupun yang tidak berpendidikan.

Bagi membendung serta membantu individu berkenaan termasuk warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Psikiatri dengan kerjasama Unit Wiser, Hospital USM mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Asas Pengetahuan Rawatan dan Pemulihan Penyalahgunaan Bahan atau Dadah yang meliputi aspek pendidikan, kesedaran serta maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan cara pencegahannya.

29c5fcdb bf1f 4092 9d67 e064a297c73e

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, setiap orang melakukan kesilapan dengan cara berbeza dan ia normal dalam kehidupan seseorang individu.

“Kita perlu ada sifat simpati serta sifat ingin membantu individu tersebut kerana mereka mungkin berhadapan dengan masalah keluarga atau sebagainya.

"Dengan cara ini, saya yakin kita dapat membantu mereka untuk kembali kepada masyarakat.

"Perkembangan semasa, memperlihatkan kes berkaitan penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang membimbangkan serta memerlukan tindakan proaktif dan efektif," katanya ketika merasmikan bengkel tersebut di Dewan Nurani, hari ini.

0a661c99 820e 491a 957b ee1067abc0f7

Tambah Shaharum, sekiranya individu yang bekerja sebagai penjawat awam ditangkap terlibat dengan penyalahgunaan dadah, ia akan menjejaskan masa hadapan mereka.

"Menyedari kepentingan menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan staf, pihak pengurusan USM Kampus Kesihatan mengambil langkah awal dengan menyediakan satu Garis Panduan Intervensi Dadah bagi Staf USM.

"Selain itu, bengkel ini juga turut memberi latihan kepada kaunselor untuk membantu individu bermasalah yang telah dikenalpasti dan memberi input berguna kepada staf yang menyertainya untuk disebarkan kepada rakan sekerja serta masyarakat sekeliling," ujarnya lagi.

47f6ab1f 9e9b 45cb 917d 400fe9c4afba

Sementara itu, Pengarah Program merangkap Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Profesor Madya Dr. Mohd Azhar Mohd Yasin berkata, sebelum adanya panel intervensi, staf yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan diberhentikan kerja, tetapi sekarang mereka diberi peluang kedua.

“Sekiranya Ketua Jabatan atau Jabatan Keselamatan mengenal pasti individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan dirujuk terlebih dahulu kepada panel intervensi untuk mengklasifikasikan bantuan dan rawatan yang perlu diberi berdasarkan tahap ketagihan.

"Individu tersebut akan dipantau dari semasa ke semasa dalam tempoh tiga (3) bulan menjalani rawatan," katanya.

062af637 d835 478e a3e3 63b76d85cc5c

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Penasihat Undang-Undang, Kampus Induk USM, Mohd Izwan Hamdan; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pengarah Keselamatan, Kampus Kesihatan, Eady Othman; Presiden Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM), Nik Fakaruddin Nik Ali; Ketua Jabatan Farmakologi, PPSP, Dr. Wan Nazirah Wan Yusof; Ketua Pegawai Psikologi, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan, Mohd Norzulhairie Othman dan Pegawai Undang-Undang Hospital USM, Wan Amier Firdaus Wan Mohd Azman.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.