ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

RAMADAN: WARGA KAMPUS DISERU PERTINGKAT IBADAH SEIRING PRESTASI KERJA


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mac 2023 – Sempena bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, Pusat Islam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Majlis Pelancaran Hilal Ramadan 1444 H/ 2023, Peringkat Kampus Kesihatan USM bertempat di Auditorium Trauma, Jabatan Kecemasan.

IMG 20230312 WA0018
 
Program ini bertujuan untuk menguar-uarkan aktiviti Ihya Ramadan di Kampus Kesihatan dalam usaha menghidupkan kampus dengan aktiviti keilmuan dan kerohanian di samping mengharapkan agar warga staf dan ahli kariah masjid Kampus Kesihatan sentiasa memberi sokongan dengan mengimarah dan meraikan program-program yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan nanti.
 
IMG 20230312 WA0023
 
Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berkata, dalam kesibukan memberi khidmat kepada pesakit, warga Kampus Kesihatan USM perlu merebut peluang yang besar untuk mengaut seberapa banyak pahala sepanjang bulan Ramadan.
 
“Sebagai umat Islam, kita perlu menanam azam dan tekad untuk mempertingkatkan amal ibadat pada peringkat terbaik dan mengharap agar diampunkan segala dosa serta sentiasa berada dalam lindungan rahmat-Nya.
 
“Gunakan peluang ini untuk menebus kesalahan lalu selain menyempurnakan amalan ibadah seperti bersedekah, bertadarus, qiamullail, solat terawih, berzikir dan membantu menyediakan hidangan berbuka puasa,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis tersebut. 
 
IMG 20230312 WA0021
 
Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Personaliti TV atau Penceramah Bebas, Dato' Dr. Danial Zainal Abidin yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Ramadan Menyuburkan Peribadi Rahmah'.
 
IMG 20230312 WA0019
 
IMG 20230312 WA0024
 
Sementara itu, dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan sumbangan kepada Tabung Aktiviti Ihya Ramadan Kampus Kesihatan USM oleh Kelab Jasa Budi, Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Yayasan Tengku Salwani, Yayasan Raja Shamri dan Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Hospital USM. Selain itu, Tabung Amil Zakat Kampus Kesihatan USM turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar Kampus Kesihatan sebanyak RM 23,040.00.
 
IMG 20230312 WA0022
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abd Sattar@Ismail.
 
Teks: Mohd Hafiz Ya’acob /Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.