ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

KECEMERLANGAN DAN SUMBANGAN STAF DIRAI PENUH MERIAH


KUBANG KERIAN, 16 Ogos 2018 - Sejak tahun  1993, Kerajaan telah  melaksanakan Anugerah   Perkhidmatan   Cemerlang atau ringkasnya APC bagi menghargai pegawai perkhidmatan awam  yang telah memberikan perkhidmatan   cemerlang dan bermutu   tinggi berdasarkan  prestasi tahunan  pegawai.

apc085

Kaedah pengiktirafan ini telah ditambah baik melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2, Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi bagi menggalakkan penjawat   awam untuk terus memberikan komitmen   dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu  kerja dan produktiviti diri mereka. 

Saban tahun, Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan meraikan kakitangan yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan untuk tahun yang dinilai.  Seramai 422 warga staf Kampus Kesihatan yang cemerlang dari seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017 di Hotel The Grand Renai, di sini baru-baru ini.

apc081

Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang mewakili Naib Canselor USM dalam ucapannya berkata, pengiktirafan ini adalah sebagai tanda USM menghargai kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang dalam membantu mengukuhkan kedudukan universiti sebagai medan ilmu yang disegani.

“Cabaran yang kita hadapi sekarang dan pada masa hadapan memerlukan kesediaan kita untuk bekerja keras, bertindak pantas serta kreatif dan inovatif dalam menyampaikan perkhidmatan serta benar-benar komited serta fokus dalam merealisasikan agenda kecemerlangan universiti.

apc083

“Kini, kedudukan USM semakin mengukuh apabila kita diiktiraf sebagai universiti ke-14 terbaik di dunia bagi kategori ‘Top 50 Under 50’ dan ianya memerlukan penglibatan, kerjasama serta komitmen seluruh warga USM kerana tiada jalan pintas ke arah mengukuhkan kedudukan universitibdan saya yakin, USM mampu menghasilkan bakat dan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf ‘world class' ," ujar beliau.

Selain daripada penerima APC, seramai 123 mantan warga staf turut diraikan bagi Anugerah Jasamu Dikenang yang terdiri daripada 62 orang Bersara Wajib, 57 orang Bersara Pilihan dan empat (4) orang Bersara Terbitan (meninggal dunia).

apc084

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pendaftar USM, Dr Musa Ali serta pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: UKAST

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.