ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PENGGUNAAN TEKNOLOGI ATAS TALIAN BANTU PASARKAN PRODUK OKU


245154c1 a5e8 4242 b552 1a830f136a3d

USM KUBANG KERIAN, 21 September 2018 - Di era serba moden dan penggunaan teknologi yang meluas dalam kalangan masyarakat tidak kira lapisan, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil langkah mengetengahkan penggunaan teknologi atas talian bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan oleh para pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). 

Memandang dari sudut itu, Unit Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengadakan Bengkel Penggunaan Teknologi Atas Talian bagi pemasaran produk dalam memperkasakan ekonomi PDK.

Menurut Dekan PPSK, Profesor Dr Norazmi Mohd Nor, kerjasama yang wujud antara JKM dan USM selama ini telah banyak membantu meningkatkan nilai kehidupan OKU. 

c8e80932 c6f8 43d0 a825 309d71c3975a

"USM merupakan sebuah universiti yang cenderung dalam membantu masyarakat terkebawah terutama golongan B40 dan USM akan terus memainkan peranan sebagai pendorong serta pemangkin kepada kelestarian kehidupan masyarakat. 

"PPSK mewujudkan Unit Transformasi OKU dalam memastikan perancangan kita membantu golongan OKU untuk meningkatkan taraf hidup mereka dapat dilaksanakan dengan lebih terancang melalui latihan kemahiran yang disediakan dan ianya telah terbukti kerana ada yang mampu mendapat pekerjaan", ujar beliau semasa menyampaikan ucapan dalam bengkel tersebut, hari ini.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta khususnya Penyelia PDK untuk meneroka peluang pemasaran atas talian dengan menggunakan aplikasi serta platform bersesuaian di samping penggunaan teknologi ICT secara optimum untuk kepentingan PDK. 

Bengkel dua hari yang melibatkan seramai 50 peserta dari 45 PDK seluruh negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul RashidFoto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 27 January 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.