ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PEMASARAN ATAS TALIAN BAKAL UBAH EKONOMI PDK DAN OKU


013a85fe 64d3 4494 a995 6b0e739cbf7cUSM KUBANG KERIAN, 21 September 2018 - Dalam usaha memperkasakan ekonomi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), aktiviti melibatkan pengeluaran produk yang boleh diketengahkan kepada masyarakat telah dibuat oleh sebahagian PDK bertujuan untuk menambah sumber pendapatan.

Sejajar dengan perkembangan pesat penggunaan teknologi atas talian dewasa ini, Unit Transformasi Orang Kurang Upaya (OKU), Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan,  menganjurkan bengkel 'Penggunaan Teknologi Atas Talian bagi Pemasaran Produk Program Memperkasakan Ekonomi

094c69b1 7036 4b91 99ef b675c498e2ea PDK'.

Bengkel dua hari itu mendedahkan peserta dalam kalangan penyelia dan petugas PDK kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi tujuan pemasaran hasilan PDK seperti platform dalam jaringan, aplikasi jaringan sosial, pembangunan kandungan material dan penyesuaian penggunaan aplikasi dan material untuk perniagaan atas talian.

33cd4a06 bba8 4958 a1b0 3fe7bc7a4570

Salah seorang peserta yang ditemui, Siti Fatihah Mohd Zakari, 21, dari PDK Taman Wangi, Gua Musang berkata, beliau sangat menghargai peluang menghadiri bengkel pada hari ini.

"Di PDK Taman Wangi, kami mengajar kemahiran menjahit kepada pelatih, dan Alhamdulillah selain daripada hasil jahitan dapat dijual, pelatih di sana juga turut menerima tempahan jahitan dari penduduk setempat," ujarnya ketika ditemubual.

Siti Fatihah yang memiliki Sijil Jahitan dari Kolej Komuniti berharap dapat memperkenalkan hasil jahitan pelatih kepada masyarakat di luar Gua Musang malahan lebih meluas lagi dengan penggunaan teknologi atas talian nanti. 

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.