ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

REMAJA DAN GAJET: PUNCA AWAL MASALAH KESIHATAN MENTAL


KUBANG KERIAN, 13 Oktober 2018 - Alam remaja adalah waktu di mana seseorang individu mengalami perubahan paling ketara dalam kehidupan mereka contohnya pembelajaran peringkat sekolah, kolej mahupun universiti, mengenali rakan-rakan luar serta mendapat pekerjaan.

Karnival Kesihatan Mental1

Namun begitu, keseronokan hidup sebagai remaja di zaman ini bagi sesetengah individu dibentengi oleh kemodenan teknologi khususnya gajet yang memisahkan mereka dengan persekitaran luar lantas menyekat komunikasi dengan keluarga, rakan-rakan apatah lagi masyarakat sekitar.

Dewasa ini, kegilaan gajet dalam kalangan remaja sangat membimbangkan.  Perkembangan teknologi yang semakin pesat kini memberi pelbagai kemudahan namun terdapat ancaman di sebaliknya. Sedar atau tidak, ibu bapa merupakan salah satu punca kepada ketagihan gajet dalam kalangan remaja.

Karnival Kesihatan Mental5

Timbalan Dekan Akademik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Kamarul Aryffin Baharuddin berkata, sebahagian daripada masalah kesihatan mental bermula seawal usia 14 tahun, namun kebanyakannya tidak disedari dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

"Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan yang amat penting dalam memerhatikan perubahan anak-anak dan pelajar kerana pada peringkat umur sebegini, remaja yang mengalami masalah kesihatan mental dapat dikenalpasti melalui perubahan tingkah-laku mereka seperti murung, mudah marah, suka menyendiri dan kurang selera makan.

Karnival Kesihatan Mental3

"Jika kita dapat mengesan perubahan tersebut, bawa mereka untuk sesi terapi kerana mereka yang mengalami masalah kesihatan mental perlukan sokongan bukannya dibiarkan melarat sehingga menjadi kes yang lebih besar seperti bunuh diri", ujar beliau semasa merasmikan Karnival  Kesihatan Mental anjuran Jabatan Psikiatri PPSP yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SKKK3), di sini.

Tambah Kamarul Aryffin, karnival ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta khidmat nasihat kepada masyarakat dalam hasrat membetulkan stigma negatif masyarakat bahawa masalah kesihatan mental bukanlah penyakit mental semata- mata.

Karnival Kesihatan Mental4

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Jabatan Psikiatri PPSP, Profesor Madya Dr Asrenee Ab Razak, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Profesor Madya Dr Ariffin Nasir, Guru Besar SKKK3, Ahmad Shahir Muhammad Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Karnival, Dr Nor Asykin Fadzil.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.