ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

PLOGGING RIADAH SIHAT SAMBIL MENJAGA KEBERSIHAN


ploging3

BACHOK, KELANTAN, 20 Oktober 2018 - Beriadah sambil mengutip sampah atau 'plogging' bukan lagi perkara baharu dalam masyarakat dewasa ini. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang semakin mendapat perhatian kerana memberikan faedah bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga terhadap alam sekitar.

Persatuan Jururawat Malaysia (PJM) Cawangan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) turut mengambil inisiatif melakukan aktiviti tersebut di persekitaran Pulau Nami, Pantai Senok, di sini.

ploging2

Menurut Ketua Penyelia Jururawat merangkap Pengerusi PJM, Unit Kejururawatan Hospital USM , Raudzah Haji Mohamed Ariffin, program ini diadakan bagi memberi kesedaran bahawa gaya hidup sihat berkait rapat dengan kebersihan persekitaran.

"Melalui program plogging ini, secara tidak langsung kita dapat memupuk sikap suka menjaga kebersihan dan cakna kepada alam sekitar terutama kepada anak-anak kerana kebanyakan yang datang pada hari ini membawa keluarga masing-masing.

ploging4

"Di samping itu, ianya juga satu peluang peserta beriadah sambil berehat bersama ahli keluarga dan ahli PJM yang lain untuk mengeratkan lagi silaturrahim memandang pada hari bekerja mereka sibuk dengan tugas masing-masing," ujarnya.

Tambah Raudzah, program plogging ini juga dapat mewujudkan kerjasama yang erat di dalam apa sahaja tugasan yang diberikan di samping memberi peluang untuk menunjukkan kreativiti masing- masing malahan dapat menghilangkan stres di tempat kerja.

ploging1

Seramai 100 orang jururawat menyertai program ini dan 15 beg sampah dapat dikumpulkan.

Teks/Foto : Wan Salizawati Wan Ismail

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.