ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

RAWATAN AWAL CEGAH PENYAKIT STROK


8e15426a 8dce 490e 96d3 6be8f46bbe79

USM KUBANG KERIAN, 29 Oktober 2018 –  Penyakit Angin Ahmar atau Strok adalah punca utama yang ketiga bagi kematian di Malaysia manakala di seluruh dunia, strok adalah penyebab kedua paling biasa bagi kematian dan penyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa. Justeru itu, rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan strok. 

Menurut Pakar Neorologi Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan, Universiti Dains Malaysia (USM), Dr Sanihah Abdul Halim, sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan strok kerana setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan strok tidak menyedari diserang penyakit tersebut kerana tidak mengetahui punca yang menyebabkan penyakit ini menyerang mereka. 

de1678a9 5041 4196 a829 6684aaf3dc01

“Satu tanda yang jelas serangan strok akan berlaku adalah apabila berlakunya kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas atau penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata.

''Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, 'clumsiness', hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab, anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera,'' katanya ketika menyampaikan ceramah sempena sambutan Hari Strok Sedunia 2018, Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kuliah 4, di sini.

Jelas Sanihah lagi, serangan strok sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30, 40 dan 50-an. 
"Sehubungan itu, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya  penghidap hipertensi. Tekanan darah tinggi merupakan punca utama serangan strok selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes. 

1194ac55 a54e 4368 9877 54256c5b0135

"Sekiranya pesakit diberi rawatan awal, risiko kecacatan yang terjadi kesan daripada strok dapat dikurangkan kerana ianya memberi implikasi yang besar terhadap aspek sosioekonomi dan psikologi bukan sahaja kepada pesakit itu sendiri malah kepada keluarga, masyarakat dan negara jika penyakit tersebut tidak dirawat dengan cepat," ujarnya. 

Tambah Sanihah, bagi mengurangkan kemungkinan seseorang itu mendapat penyakit strok, amat digalakkan supaya berhenti merokok, mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, menurunkan kolestrol, mengawal kandungan gula dalam badan dan mengurangkan pengambilan alkohol.

Penganjuran Hari Strok Sedunia 2018 adalah satu kempen kesedaran yang di buat di seluruh dunia bagi memberi pengetahuan kepada pesakit dan penjaga mereka tentang penyakit strok dan kepentingan rehabilitasi atau pemulihan selepas serangan strok selain turut bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada petugas kesihatan tentang pencegahan dan perawatan penyakit strok. 
Majlis Perasmian Hari Strok Sedunia 2018 Peringkat Kampus Kesihatan USM telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Jaringan Industri, Masyarakat dan Hal Ehwal Pelajar PPSP,  Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek serta turut dihadiri oleh Pakar Bedah Otak Jabatan Neurosains PPSP USM, Profesor Dato’ Dr Jafri Malin Abdullah. 

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Wan Salizawati Wan Ismail

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 June 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.