HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

USM – RICD TERUS JALIN HUBUNGAN RAPAT DAN BERBAKTI KEPADA KOMUNITI SERANTAU

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Ogos 2017 – Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kolaborasi dengan Rajanagarindra Institute of Child Development, Thailand (RICD) sekali lagi mengadakan Program Pengubahsuaian Khas dan Penyerahan Kerusi Roda kepada 25 orang  kelainan upaya (OKU) hari ini.

Pengarah Jaringan Komuniti, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Syed Yusof Syed Kechik berkata, semua kerusi roda ini adalah hasil sumbangan dari ‘Non-Governmental Organization’ (NGO) seluruh dunia dan disalurkan ke RICD sebelum diserahkan kepada pasukan kerusi roda USM untuk pengubahsuaian.

1usmricd

“Pasukan kerusi roda USM mempunyai kemahiran dalam pengubahsuaian kerusi roda kerana telah dilatih di Chiang Mai, Thailand empat tahun lalu dan apabila mereka pulang ke USM, mereka pula telah melatih orang lain yang ingin terlibat dalam program ini.

“Kami amat bertuah kerana menandatangani Memorandum Persefahaman dengan RICD kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan NGO seluruh dunia,” katanya.

Tambah Syed Yusof, selain daripada kerjasama dalam mendapatkan kerusi roda untuk OKU, USM juga ada terlibat dalam penerbitan, kolaborasi dalam penyelidikan serta latihan kepada staf.  

1.2usmricd

“Kerjasama yang terjalin antara USM-RICD ini boleh dikembangkan lagi malah perlu diwar-warkan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga OKU supaya mereka berada ditahap terbaik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Ketua Kluster OKU USM merangkap Ketua Projek Kerusi Roda USM, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim pula, seramai 16 orang wakil RICD hadir untuk sama-sama membantu termasuk sukarelawan dari Jerman dan United Kingdom.

“Sepanjang lima tahun pembabitan dalam program ini, USM kini telah mempunyai Pusat Khidmat Kerusi Roda dalam Kampus Kesihatan yang bekerjasama dengan NGO luar untuk kami terus beroperasi walaupun kekurangan kakitangan,” jelasnya.

1.3usmricd

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Mental Health Thailand, Dr. Samai Sirithongthaworn, Pengarah 12th Region Mental Health Selatan Thailand, Dr. Pechdau Tohmeena. Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Timbalan Dekan Siswazah, Jaringan Industri Masyarakat dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Lim Boon Huat serta Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan, Profesor Madya Dr. Hairul Anwar Hashim.

Teks/Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 November 2017.