HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

berita abe azz

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Ogos 2017 – Wajah ceria dua keluarga pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) jelas terpancar apabila menerima kunjungan dari staf dan pelajar praktikal Unit Kebajikan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat lawatan mesra ke rumah mereka.

Program ini merupakan inisiatif para pelajar memungut derma daripada staf dan orang awam didalam dan luar Kampus Kesihatan USM selama hampir tiga bulan.

Menurut Pengarah Projek ini, Mohamad Zulikmal Suhaimi, program ini bertujuan untuk membantu pesakit dengan memberi peralatan seperti mesin rumput, mesin jahit dan lain-lain sebagai bantuan jangka panjang yang boleh menjana pendapatan keluarga mereka.

abe azz

“Selain itu, barangan lain seperti beras, makanan serta sumbangan kewangan turut disampaikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Keluarga pesakit yang terpilih untuk menerima sumbangan ini dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan seperti faktor keluarga besar dan sumber pendapatan yang kecil atau ketua keluarga yang tak dapat melakukan kerja kerana masalah kesihatan,” katanya yang merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Sosial USM.

Sementara itu, bapa kepada seorang pesakit kanser tulang, Adnan Ya, 46, menzahirkan perasaan gembira, terharu dan bersyukur atas sumbangan yang disampaikan kepada keluarganya itu.

“Sumbang ini sedikit sebanyak membantu keluarga kami menampung kos perbelanjaan Mohamad Soleh Haikal yang sering mendapat rawatan kimoterapi di Hospital USM.

“Saya mempunyai lapan orang anak yang masih lagi belajar dan tidak berkerja, mesin rumput yang kami terima ini akan saya gunakan sebaiknya untuk mengambil upah memotong rumput bagi menyara keluarga disamping melakukan kerja kampung”, katanya semasa ditemui dirumahnya di Kampung Buluh Poh, Ketereh.

Turut sama dalam program ini ialah Penolong Pengarah Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM Muhd Radhi Yaacob.

 

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 14 September 2017.