HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

HOSPITAL USM TUAN RUMAH KEJOHANAN FUTSAL JABATAN KECEMASAN PERINGKAT PANTAI TIMUR

KUBANG KERIAN, 8 September 2017 - Sebanyak 28 pasukan futsal lelaki dan wanita Jabatan Kecemasan hospital seluruh Malaysia bakal beraksi dalam Futsal Tournament 2017 "4 East Coast Inter Emergency Trauma Department".

Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran kejohanan pada kali ini.

futsal2017

Dalam ucapan perasmian, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

"Semua pasukan diharap dapat menunjukkan kesungguhan sepanjang beraksi di samping menjadikan kejohanan ini landasan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara jabatan kecemasan dari semua hospital," katanya.

futsal2

Tambah Ahmad Sukari, kejohanan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru seterusnya digilap untuk menjadi atlet yang mampu mengharumkan universiti atau kementerian.

Antara pasukan yang mengambil bahagian pada kali ini adalah dari Jabatan Kecemasan hospital-hospital negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor.

futsal3

Turut hadir Ketua Jabatan Kecemasan Hospital USM, Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman dan Pengarah Kejohanan Futsal, Dr Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 21 November 2017.