HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

HOSPITAL USM ANJUR KURSUS KESELAMATAN, CEGAH KEBAKARAN

5ec83ac1 feca 419c 834a cc99c9920b15

KUBANG KERIAN, 13 September 2017 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Siri 2 bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Pentadbiran Hospital USM. 

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital USM, Saberi Mohd Yusoff berkata, kursus sehari itu diadakan dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan USM , Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bahru serta Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan.

Penganjuran kursus tersebut selaras dengan fungsi pihaknya yang berperanan menyebar maklumat berkaitan keselamatan mencegah kebakaran dalam kalangan kakitangan Hospital USM.

 “Selain itu, usaha tersebut selaras dengan komitmen pihak pengurusan hospital untuk meluaskan kesedaran terhadap risiko bahaya yang wujud ketika berada di tempat kerja," katanya.

5f80310d 4dd3 43ff bf75 39d3605c31de

Ujar Saberi lagi, kursus ini memfokuskan tentang maklumat dan peranan mereka terhadap pelbagai risiko kebakaran, kemahiran menyelamat dan mengendalikan peralatan ketika menghadapi kebakaran.

''Peserta juga diterangkan tentang sebarang bentuk kemungkinan kecemasan yang boleh berlaku di dalam kerja harian terutamanya ketika berada di dalam wad," katanya.

Penganjuran kursus tersebut dilihat mampu membentuk sikap dan meningkatkan kesedaran kakitangan Hospital USM tentang bahaya kebakaran serta langkah sewajarnya bagi menghadapi risiko kebakaran.

53b37c67 61ca 4ffd a076 180e6ecb9d00

Sepanjang kursus tersebut, peserta diberikan pendedahan tentang punca kebakaran, teknik menyelamat dan diperkenalkan tentang pelbagai peralatan memadam kebakaran. 

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan seperti Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan staf sokongan daripada pelbagai jabatan di Hospital USM telah menyertai kursus ini.


Teks: Abdul Aziz Latif  Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 14 September 2017.