HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

INTERNATIONAL HEALTH CAMP 2017 ERATKAN UKHUWAH MALAYSIA-THAILAND

USM KUBANG KERIAN, 2 OKTOBER 2017 -  Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Persatuan Bantuan Bencana Badan Bukan Kerajaan (BBNGO) telah menganjurkan program Khidmat Masyarakat Antarabangsa 2017 selama dua hari di Wilayah Narathiwat, Thailand baru-baru ini.

Pakar Urologi Hospital USM, Dr Mohd Noor Gohar yang juga ketua rombongan berkata, program itu turut mendapat kerjasama daripada Dato Bandar Narathiwat  iaitu Kuseng Yaworhasan.

Menurut Mohd Noor, program khidmat masyarakat itu diadakan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di sekitar wilayah Narathiwat di samping mengeratkan ukhuwah antara  dua negara menerusi konsep ummah sejagat.

"Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap aktiviti kemasyarakatan yang tidak hanya terbatas di dalam negara sahaja, malah USM sentiasa berusaha agar program sebegini boleh dikongsi dengan masyarakat antarabangsa dalam melestarikan cara hidup yang sihat" ujar Mohd Nor.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan di samping penyerahan bantuan makanan, pakaian dan alat tulis. Peserta juga berpeluang melawat Hospital Yala, Hospital Chenae Narathiwat dan Pondok Darul Aman Belukar Tua, Pattani  bagi sesi perkongsian kepakaran perubatan dan mewujudkan jaringan kerjasama di antara kedua belah pihak.

Program kemasyarakatan yang dijalankan ini diharap dapat membangunkan modal insan yang lebih cemerlang dalam kalangan peserta melalui aktiviti kerjasama di peringkat antarabangsa, selain menyelami kehidupan masyarakat dan budaya bangsa lain.

Teks / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.