HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

PILIHANRAYA KAMPUS BERLANGSUNG HARMONI

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Oktober 2017 – Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan untuk memilih dua calon Majlis Perwakilan Pelajar bagi kerusi Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Sesi 2018/2019 berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim yang ditemui selepas mengumumkan keputusan PRK berkata, proses pemilihan kali ini berjalan lancar dengan tujuh kerusi yang dipertandingkan di Kampus Kesihatan dan satu kerusi untuk USM-KLE Belgaum, India.

“Hanya dua kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya kali ini bagi Pusat Pengajian Sains Kesihatan sementara calon yang bertanding adalah seramai tiga orang," ujar Sukari.

Beliau berkata, lima lagi calon pelajar diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas tiada persaingan bagi merebut kerusi MPP bagi satu kerusi Konstituensi Umum, dua kerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan dan satu kerusi Pusat Pengajian Sains Pergigian.

Pengumuman pemenang dan calon MPP diumumkan tepat jam 6.30 petang selepas proses bantahan ditutup.
Katanya lagi, seramai 616 orang pelajar atau 46.8 peratus daripada 1288 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing yang mana pengundian dijalankan secara e-pilih.

“Proses penamaan calon diadakan pada 2 Oktober lalu dan calon mula berkempen pada hari yang sama sehingga tengah malam pada 5 Oktober. Proses pengundian telah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA) Kampus Kesihatan.

Pembentukan Kabinet MPP USM dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat ini bagi menentukan portfolio calon dalam menerajui MPP itu,” ujarnya.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan Foto : Mohd Zulkiflli Zakaria

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.