HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

ACARA LARIAN PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Oktober 2017 - Penganjuran acara sukan seperti Larian Terbuka Kelantan 2017 (LTK) bukan sahaja dapat mempromosikan amalan gaya hidup sihat tetapi mampu menyemarakkan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, gaya hidup sihat sangat penting dijadikan sebagai budaya dan amalan seharian.

Dalam erti kata lain, kata beliau, masyarakat seharusnya prihatin terhadap keperluan beriadah, bersukan, melakukan aktiviti fizikal, menjaga amalan pemakanan, mempunyai rehat mencukupi dan tidak merokok.

“Ini adalah sebahagian daripada intipati kepada konsep gaya hidup sihat," ujar Sukari.

“Kita juga mahu mempromosikan Kampus Kesihatan USM yang mempunyai kemudahan sukan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian LTK 2017 di Komplek Sukan, Kampus Kesihatan USM.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Dato' Seri Haji Muhammad Abd Ghani.

Acara LTK 2017 yang memasuki tahun ketujuh penganjurannya itu berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Acara itu melibatkan laluan sepanjang enam kilometer melibatkan beberapa kategori seperti Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Terbuka Vateran.

Teks/Foto : Mohamad Iqmal Mathlan

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.