HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

FESKI: TERAP KEINDAHAN AGAMA ISLAM

fes 2

USM, KUBANG KERIAN, 8 Oktober 2017 – Festival Kelestarian Islam (FESKI) merupakan program tahunan yang dianjurkan pada setiap tahun di bawah naungan Majlis Perwakilan Pelajar Sidang Akademik 2016/2017 dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata,

FESKI pada tahun ini membawa tema “Broaden The Horizon” yang membawa maksud memperluaskan fikiran kita tentang sesuatu dan memastikan bahawa ianya mematuhi syariah.

“Konsep yang dibawa sangat bersesuaian bagi menunjukkan Islam merupakan agama yang syumul melengkapi dan merangkumi segala aspek kehidupan.

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengetahuan penganut agama lain tentang Islam supaya kita semua dapat memahami setiap perkara dengan lebih baik,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan FESKI kali ke 19, di Dewan Utama, Kampus Kesihatan di sini.

fes 1

Sukari berkata, dalam konteks yang lebih luas, agama Islam dapat disebarkan melalui empat aspek utama iaitu asas, ilmu, kesedaran dan penggayaan.

“Pihak pengurusan tertinggi universiti ingin melihat penganjuran program sebegini turut merangkumi tuntutan untuk menguasai ilmu pengetahuan, satu aspek ibadah jika disertai dengan niat untuk mengajak pendengarnya mengingati Allah SWT dan  berbuat kebaikan.

“Sejarah telah membuktikan sewaktu zaman kegemilangan empayar Islam semenjak dari zaman Rasullullah SAW hinggalah ke zaman empayar Uthmaniah, kesenian telah menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan ketamadunan empayar - empayar ini,” katanya lagi.

Menurut Sukari, pada zaman itu telah lahir ramai tokoh kesenian Islam yang berperanan membantu pemerintah Islam kerana ciri-ciri yang dimiliki oleh kesenian Islam itu sendiri yang bukan sahaja satu bentuk hiburan semata-mata tetapi tidak lari dari tuntutan mengingati Allah dan membawa kepada pembinaan ummah yang lebih mantap rohani dan intelektualnya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Madya Dr Rapeah Suppian dan Ketua Unit Psikologi selaku Penasihat FESKI, Mohd Norzulhairie Othman.

Teks/Foto     : Wan Salizawati Wan Ismail

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.