HEALTH CAMPUS OFFICIAL WEBSITE  |  We Lead

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

LELAKI JUGA BERISIKO MENGHIDAP KANSER PAYUDARA

lelaki

KOTA BHARU, KELANTAN, 8 Oktober 2017 – “Kanser payudara ditemui kira-kira 100 kali lebih banyak menyerang kaum wanita berbanding lelaki, namun penyakit ini juga boleh menyerang golongan lelaki”, ujar Dr. Maya Mazuwin Yahya yang juga merupakan Pakar Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurutnya, sekalipun kanser payudara jarang berlaku dalam kalangan lelaki, adalah penting bagi orang ramai menyedari bahawa ia boleh berlaku dan risikonya adalah sama.

lelaki2

“Adalah sangat penting bagi mereka untuk mengetahui maklumat yang sama dan memerlukan sokongan serta keprihatinan seperti kaum wanita yang menghidap kanser payudara", ujarnya ketika ditemui Sempena Program Jelajah Negaraku Keluarga Bahagia di Dewan Tun Gaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di sini.

Maya berkata, di Hospital USM, satu unit sokongan telah diwujudkan bagi membantu masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kanser payudara yang dinamakan 'Breast Cancer Awareness And Research Unit' (BestARI). 

"Orang ramai boleh mendapat pendedahan mengenai kanser payudara dan juga boleh melakukan pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh staf BestARi," katanya.

lelaki1

Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Mayarakat ini memfokuskan kepada pendedahan penjagaan kesihatan kepada masyarakat serta turut melibatkan agensi kerajaan serta swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Klinik Kesihatan Peringat, BestARI Hospital USM dan sebagainya.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim dan turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Sri Md Alwi Che Ahmad.

Teks / Foto : Abdul Aziz Latif

Contact Us

Media and Public Relations Centre
Universiti Sains Malaysia,
Health Campus
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Phone : +609-7673000
Faxs : +609-7671060

Email: mprckk@usm.my

Government Links

 
 

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Update: 10 December 2017.